suria

Lelaki muka jambu kecewa susah dapat awek, jadi sasaran golongan gay - “Aku kena single forever ke?”

Lelaki yang berwajah comel dan feminin mungkin kurang diminati oleh kaum Hawa. -Gambar hiasan

SETIAP manusia dilahirkan dengan rupa paras dan fizikal yang berbeza-beza.

Di laman X, seorang pemuda meraih perhatian ramai apabila mengadu tentang wajahnya yang kurang maskulin berbanding lelaki-lelaki lain.

Menurut pemuda itu, wajahnya yang kelihatan 'jambu' menyebakan dia sukar untuk mendekati perempuan, sekali gus menyukarkan urusannya dalam mencari jodoh.

1 (20)

Masalah jodoh boleh memberi tekanan kepada seseorang. -Gambar hiasan

"Lelaki muka jambu tak ada orang nak ke? Aku lelaki berumur 24 tahun. Boleh cakap ada rupa dan metroseksual. Tetapi kawan aku cakap aku muka jambu sangat.

"Aku tertanya-tanya, apa yang perempuan pandang dekat lelaki muka jambu eh? Sebab aku minat perempuan tapi tak ada perempuan yang nak dekat aku," ujarnya.

Menerusi hantaran pada Isnin, pengadu berkata wajahnya yang kurang maskulin menyebabkan dia sering menarik perhatian kaum sejenis.

Tengok orang lain seronok je ada pasangan. Aku kena single forever ke?

LELAKI JAMBU

"Perempuan yang lain pun tak ada yang nak try aku. Yang paling teruk, lelaki pula banyak try aku.

"Macam mana aku nak cari teman wanita? Tengok orang lain seronok je ada pasangan. Aku kena single forever ke?" ujarnya lagi.

Kisah yang diceritakan pemuda berkenaan turut menerima pelbagai maklum balas netizen di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori viral sebab kacak mengaku guna filter! Kena ‘face shaming’ di media sosial, jumpa depan-depan ramai je ajak selfie

ARTIKEL BERKAITAN: Pak guard kacak kongsi cerita Aidilfitri... Kini lebih banyak ‘memberi’, dah tak harap dapat duit raya macam dulu

"Pada wanita, lelaki muka jambu bersikap memilih, sombong dan perasan. Awak cuba sopan-sopan dan banyak tegur dengan perempuan, Insya-Allah lekat.

"Perempuan minat muka bapa-bapa je kot. Muka jambu ni setakat untuk show off kawan-kawan je.

"Terlampau feminin kot. Dah la muka jambu, feminin pula tu.

"Kalau perasan, sekarang tengah trending muka pecah rumah dapat awek persis bidadari," tulis netizen.

1 (1)

Lelaki berwajah jambu sering menjadi sasaran golongan gay. -Gambar hiasan

Pelayar X turut memberi nasihat kepada pemuda itu agar bersabar memandangkan usianya baru mencecah 25 tahun.

"Baru 24, jauh lagi perjalanan. Nanti akan ada yang serius dan berani approach kau. Sabar dan nikmati masa single kau ni.

"Kau jambu, tapi kena bersikap macam lelaki. Kena berani cuba perempuan yang kau minat," pesan netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain