SELAIN ibu bapa, guru juga merupakan insan yang patut kita hormati dan santuni. Setiap pelajar perlu ada sifat segan dan sentiasa menghargai jasa guru kerana ilmu yang diberikan mereka tidak ternilai. Namun zaman telah berubah, yang mana kebanyakan pelajar bukan sahaja tidak hormat malah tidak takut kepada guru dengan ada yang berani mencela guru secara terang-terangan. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang guru di TikTok @aisyfasihah, dia berkongsi mengenai sikap pelajarnya di dalam kelas. Setiap pelajar perlu menghormati guru masing-masing. -Gambar hiasan Dalam perkongsiannya, dia yang dipanggil Cikgu Aisyah memaklumkan bahawa dirinya adalah guru ganti bagi kelas tersebut tetapi tidak mampu mengajar pada ketika itu kerana emosinya tidak stabil. "Disebabkan saya ni merupakan guru kelas mereka yang muda, saya hanyalah guru ganti, mereka tak hormat saya. Guru kelas mereka yang saya ganti ni garang, jadi mereka takut gila, dan bila saya mengajar mereka, saya layan dengan baik sebab saya hormat semua murid saya. "End up dibalas sebaliknya. By the way ni adalah video sambungan. Waktu rakam ni langsung tak expect akan jadi macam ni. Actually time record mood memang 'barai' jadi tak mampu nak mengajar sebab risau marah-marah mereka sampai tahap menangis. ARTIKEL BERKAITAN:Eh, kuaci pun ada! Cikgu mengajar di depan, murid makan nasi lemak dekat belakang... Sudahnya satu kelas dapat habuan ARTIKEL BERKAITAN:Ustazah kecil hati, hilang sabar diganggu pelajar biadab dalam kelas - “Melampau la awak malam ni!” "Saya jenis elak diri menangis dengan cara rakam diri sendiri. So decide bagi mereka buat latihan. Sebelum buat latihan dah banyak kali cakap yang saya ni penat gila nak mengajar sebab mereka semua buat saya sakit hati tapi mereka manalah hormat saya sebagai cikgu, semua buat muka tak ada perasaan," luahnya di TikTok. Melihat video yang dimuat naik, dapat didengar beberapa pelajar mengeluarkan kata-kata kesat ketika berbual dengannya, namun telah ditegur dengan baik. Namun tegurannya tak diendah, malah pelajar terbabit seolah-olah mengejek dengan menyebut 'beruk'. "Kalau dengar dengan baik, ada beberapa murid menggunakan perkataan yang tidak elok dan saya sendiri tegur dengan cara baik sambil senyum. Tapi makin menjadi ya murid-murid saya menjawab selagi dia tak menang," katanya lagi. Saya juga ada limit macam orang lain, maaf saya cikgu yang gagal. GURU GANTI Dalam pada itu, Cikgu Aisyah menjelaskan bahawa dia adalah pelajar yang sedang sedang melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Disebabkan masih belajar dia mengakui tidak begitu arif dalam pelbagai aspek dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta belum mahir berinteraksi dengan murid. Dia juga mengaku belum cukup pengalaman dan ilmu berhubung suasana di sekolah dan cara untuk mengendalikan murid yang bermasalah serta masih belajar mengawal emosi ketika berdepan situasi sebegitu. "Saya sedang menahan kemarahan dalam diri. Saya bukan manusia yang baik, ada kelemahan dalam diri. Saya juga ada limit macam orang lain, maaf saya cikgu yang gagal. Pelajar perlu menjaga adab dan menumpukan perhatian ketika guru mengajar. -Gambar hiasan "Terima kepada semua murid saya yang telah membuatkan saya sedar satu perkara. Terima kasih kerana masih ulang perkara yang sama dari awal cikgu masuk kelas sampai hari ni. Jangan risau, esok Cikgu Aisyah bukan Cikgu Aisyah yang semalam yang awak kenal. Cikgu Aisyah dah mati!" dia meluahkan emosi. Dalam pada itu dia juga sedar bahawa pelajar-pelajar sering 'mengata' tentang dirinya. Disebabkan terlalu terasa hati, dia tekad untuk tidak lagi memberi muka kepada pelajar-pelajarnya dan akan bersikap lebih tegas di dalam kelas. Menerusi video seterusnya, guru tersebut dilihat telah mengubah cara mengajar dengan bersikap lebih serius. Jelasnya, dia sebenarnya tidak ada hati untuk mengajar namun tetap melakukannya atas dasar tanggungjawab. Guru tersebut turut menyatakan bahawa pelajar zaman sekarang gemar melayan guru seperti rakan sendiri sehingga terlupa kedudukan mereka yang yang perlu menghormati dirinya walaupun hanya sebagai guru ganti. Dalam masa sama Cikgu Aisyah turut mengakui kesilapannya kerana terlalu melayan kerenah pelajar sehingga mereka hilang rasa hormat terhadapnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube