suria

Kawan bagi pisau sebagai hadiah kahwin, wanita gelabah konon ada buat dosa... Rupanya taktik jengkel jual barang

Seorang wanita terkejut menerima hadiah sempena hari perkahwinannya. -Gambar hiasan (kiri Freepik)

PERASAAN teruja seorang wanita menerima hadiah sempena perkahwinan bertukar 'cemas' apabila mendapati pemberian tersebut merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Menurut wanita itu, dia tidak kenal rapat dengan pemberi, tetapi hadiah yang dikirimkan ternyata 'aneh' (rare) pada pandangan dirinya.

"Korang nak tahu tak hadiah kahwin apa yang paling rare, kawan I bagi. I terkejut tau. Serius tak tipu ni, tipu dosa, mati seksa! Tak tahulah apa dosaku," katanya.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Menerusi hantaran di laman X, wanita itu mendedahkan dia menerima hadiah berupa 'senjata tajam' daripada kenalannya itu membuatkan dia puas memikirkan apakah tujuannya.

"Dapat set pisau! I tak rapat pun dengan dia. Ha risau. Aku buat salah apa? Sampai sekarang dok fikir. Tapi segan nak tanya dia, husnuzon (bersangka baik)," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai rider ‘buat duit’, kumpul followers kemudian jual akaun TikTok! Ada anggap harga mengarut, bukan senang dapat pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja senang, ‘gaji’ tinggi! Pelajar raih 50K, hidup mewah selepas tawar servis jadi ‘BF online’ - “Di kolej saya ramai peminat”

Bagaimanapun katanya, perasaan 'cemas' bertukar sebaliknya apabila pisau itu digunakan, sambil dia memperincikan hadiah kahwin yang diterimanya itu.

"Tapi mengejutkan, hadiah tu paling berguna! I tak beli dah yang lain. Enam tahun guna pun masih berfungsi! Benda boleh asah, tak kan nak buang.

"Okay I dah bagi idea untuk korang yang 'perah otak' (fikir) nak bagi hadiah apa. Harga pun murah, bawah RM50. Tapi berguna sampai bila-bila," katanya yang memuat naik dua gambar menunjukkan dua set pisau dapur berwarna silver dan merah jambu.

Pendedahan seorang wanita yang terkejut menerima hadiah perkahwinannya.

Selain set pisau lapan dalam satu (8 in 1), wanita itu turut memperkenalkan set pisau vintaj dan set jenama mewah serta set pisau dari Jepun.

Bukan sekadar itu, dia kemudian mempromosikan pula beberapa barangan lain untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan seperti telekung, periuk, mesin pemotong makanan berserta pautan ke platform e-dagang terkenal untuk pembelian.

Faham sekarang ekonomi tidak begitu baik, nak dapatkan duit daripada affiliate, tapi jangan tahap menyampah.

NETIZEN

Siri hantarannya itu akhirnya mendedahkan bahawa dia sebenarnya menjana pendapatan menerusi 'affiliate' yang merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di Internet.

Bagaimanapun penggunaan kata-kata wanita itu yang dianggap melampaui batas ternyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga maya.

"Paling annoying (menjengkelkan) tweet begini. Sebab kebanyakannya mungkin cerita dongeng untuk tepek link (platform e-dagang). Faham sekarang ekonomi tidak begitu baik, nak dapatkan duit daripada affiliate, tapi jangan tahap menyampah dan tak authentic boleh tak?

"Kalau X sekat terus link macam ni padan muka. Geram nak report sebagai spam je!" luah seorang pelayar X dengan nada kesal.

Pisau untuk kegunaan di dapur dijadikan sebagai hadiah. -Gambar hiasan (Freepik)

Menerusi ciapan balas, segelintir warga maya turut bersetuju bahawa tindakan wanita itu mempromosikan barang-barang untuk meraih pendapatan agak keterlaluan.

"Risau kena seksa tanpa sengaja je nanti kak. Banyak sekali ye link (platform e-dagang). Tak apalah. Anggap ni idea-idea bernas nak bagi hadiah orang kahwin.

"Beria baca, rupanya nak kongsi link (platform e-dagang). Lagi satu, apa masalah orang bagi hadiah pisau? Kalau dia nak cederakan awak, dia sendiri guna pisau tu. Baran aku," komen netizen.

Mengaku mencari rezeki menerusi kaedah affiliate, wanita itu menjelaskan bahawa hadiah pisau itu dianggap 'rare' buat dirinya secara peribadi.

"Kawan you mungkin bagi item lain yang 'rare' bagi you. Tak apa, saya hormat pendapat masing-masing. Ya, saya mengaku terlalu banyak fikir.

"Allah tahu niat saya nak mencari rezeki halal. Semoga dipermudah urusan semua," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain