KEWUJUDAN perkhidmatan e-hailing ternyata sangat memudahkan orang ramai terutamanya yang tiada kenderaan sendiri atau kereta mengalami kerosakan. Jika bernasib baik, caj tambangnya murah dan berpatutan, bergantung kepada masa dan mengikut jarak tempat yang ingin dituju. Menerusi perkongsian seorang lelaki di laman Facebook, dia berkongsi tentang kewujudan segelintir pemandu e-hailing yang suka mengenakan caj tambahan di luar aplikasi. Katanya, dia amat hairan memikirkan sikap pemandu sebegitu yang sesuka hati menaikkan caj tanpa mengikut kadar yang ditetapkan syarikat e-hailing. Menceritakan kisahnya, lelaki itu berkata dia menghantar keretanya di bengkel, di Keningau, Sabah dan mahu ke Masjid At Taqwa yang terletak tidak jauh dari situ sementara menunggu kenderaannya siap dibaiki. Pemandu e-hailing perlulah jujur dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. -Gambar hiasan "Disebabkan masih awal lagi dan malas nak tunggu, saya plan nak ke Masjid At Taqwa untuk solat Zohor dahulu. "Jadi, ambillah Grab, RM6 kos perjalanan. Pemandu pertama minta RM8. Saya tanya kenapa, dia suruh minta cari lain dan dia cancel trip. "Punya tunggu, dapat pemandu kedua pun sama. Tanya nak ke mana dan minta lebih, dia pun cancel juga," cerita lelaki tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: “Tersentuh hati baca nota, tak sangka masih ada insan berhati mulia” – Kereta tercalar, tapi pemuda ini tetap pulangkan wang ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu teksi jujur! Serah bagasi mengandungi barang kemas, wang tunai kepada pihak berkuasa Disebabkan dua pemandu membatalkan tempahan perjalanannya, dia menerima diskaun RM1 yang diberikan oleh pihak e-hailing sekali gus menjadikan tambang ke masjid lebih murah iaitu RM5. Lelaki tersebut yang tidak tergesa-gesa sabar menunggu sehingga ada pemandu e-hailing yang sanggup menghantarnya walaupun pada kadar RM5. Penantian itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemandu yang dikenali sebagai Jimulis sanggup menghantarnya, malah mesra berbual sepanjang perjalanan. RM6 kamu bayar Grab ambil 20 peratus dah jadi RM4.80 kamu rasa berapa untung driver lepas tolak semua kos? NETIZEN Menurut Jimulis sebelum ini dia pernah bekerja sebagai buruh di semenanjung namun pulang ke Sabah untuk menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa. Sebelum tiba ke destinasi, penumpang ini sempat bertanya kepada Jimulis tentang upah tambahan seperti mana yang diminta oleh dua pemandu terdahulu yang sudah membatalkan tempahannya. "Kenapa kau tak minta bayaran lebih? Sudahlah lagi murah daripada harga asal," dia cuba bertanya kepada Jimulis. Jawapan yang diberikan pemandu e-hailing itu membuatkan dia terdiam seketika. "Tak apa, memang ini job saya dan rezeki saya hari ni," jawab pemandu tersebut dalam loghat Sabah. Disebabkan pemandu itu, lelaki tersebut sanggup memberi upah tambahan sebagai tanda terima kasih. Sebahagian komen warganet. Di akhir perkongsiannya, dia meluahkan rasa sedih dan kurang berpuas hati apabila ada pemandu e-hailing tidak jujur dengan bertindak sesuka hati mengubah caj tambang perjalanan. "Percayalah, ia bukan soal duit namun soal kejujuran, sebelum nak jadi pemandu mesti dah tanda tangan perjanjian kan. "Samalah seperti korang kerja di kedai. Bos kedai tetapkan harga barang tu RM10. Tapi, kau jual harga kepada pelanggan RM12. Walaupun pelanggan setuju dan bayar, tapi perbuatan kau tu tetap salah," lelaki tersebut memberi contoh. Di ruangan komen, selain orang awam, pemandu e-hailing lain juga dilihat mengkritik lelaki tersebut yang dianggap tidak faham tentang kos penghantaran pelanggan. "Kenapa bila pemandu yang minta lebih sebelum pickup dianggap tak jujur dan berdosa? Kamu tahu tak harga yang perniagaan kapitalis quote harga yang menindas pemandu? Rata-rata perjalanan sekarang merugikan, itu sebab pemandu akan pilih job atau mahukan harga lebih tinggi. "RM6 kamu bayar, Grab ambil 20 peratus dah jadi RM4.80 kamu rasa berapa untung driver lepas tolak semua kos?" "Nak murah naik bas. Tiada bas? Naik kereta sendiri. Tiada kereta sendiri? Minta tolong kawan ambilkan. Tiada kawan nak tolong? Minta tolong ahli keluarga sendiri. Dia bukannya tipu, dia bagitau sebelum pick up," demikian antara komen, dipercayai oleh pemandu e-hailing. Namun ada juga yang bersetuju dengan pendapat lelaki itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube