suria

Pengantin lebih hargai duit, tak nak alat elektrik! Harap tetamu beri hadiah relevan ikut zaman, wang tunai bantu mula hidup baharu

Wang tunai merupakan hadiah terbaik untuk pasangan pengantin. -Gambar hiasan

MENDIRIKAN rumah tangga merupakan momen indah sehingga ada yang terlupa cabaran dan dugaan yang bakal dilalui.

Selain perlu bersabar dengan sikap dan tabiat pasangan, mereka yang baru memulakan kehidupan sebagai suami isteri juga sering diuji dengan masalah kewangan.

Dalam kes yang lebih teruk, isu tersebut juga mendorong kepada penceraian apabila pasangan gagal mendapatkan kata sepakat.

Menyedari realiti ini, seorang pelayar X berpandangan bahawa rakan dan saudara mara sebenarnya berupaya membantu bakal pengantin mengatasi masalah kewangan di awal perkahwinan.

Kebanyakan hadiah pengantin adalah perkakas elektrik. -Gambar hiasan

Kebanyakan hadiah pengantin adalah perkakas elektrik. -Gambar hiasan

Menurutnya, ia dapat dilakukan dengan memberikan 'hadiah' perkahwinan dalam bentuk wang tunai berbanding barangan atau kelengkapan rumah.

"Pada aku, tak ada hadiah kahwin yang lagi baik daripada duit.

"Duit tunai ni sangat membantu pasangan baru kahwin mulakan kehidupan," coretnya di laman X.

Berkongsi senario yang sering berlaku, ujarnya, kebarangkalian pengantin menerima barang keperluan atau perkakas elektrik yang sama adalah tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun kenal satu hadiah pun tak bagi, jejaka ini tunjuk effort tempah ‘bunga pertama’ untuk bakal isteri sebulan sebelum nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin rancang ‘salam kaut’ moden, lagi senang pamer kod QR depan pintu... Ramai bantah, anggap macam mengemis!

Malah ada juga yang tidak menggunakan hadiah tersebut atas bermacam alasan seperti tidak minat dan sebagainya.

"Beli appliances ni kadang-kadang dapat dua atau tiga jenis sama, tak sesuai atau tak minat... akhirnya tak guna bertahun-tahun dan disimpan dalam stor," tambahnya.

Pandangannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya bersetuju dan berharap lebih ramai memberikan hadiah wang tunai.

"Setuju. Kemudian ikut suka pengantin nak beli apa yang dia nak dan mungkin yang kena dengan tema rumah baru.

Kalau boleh duit tu terus pada akaun pengantin sebabnya duit salam kaut yang bagi pada mak ayah tu kadang-kadang tak sampai pada pengantin.

WARGA MAYA

"Bukan untuk hadiah kahwin je, untuk orang sakit pun. Bagi duit lebih membantu daripada bawa hamper buah.

"Aku dapat salam kaut 13K (RM13,000), baucar dalam RM1,000. Memang membantu untuk mulakan hidup. Sekarang pergi kenduri memang aku bagi baucar sebagai duit salam kaut," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya duit tersebut diberikan dalam bentuk hadiah bagi mengelakkan ia tergolong dalam kategori 'salam kaut'.

"Benar, tapi kena bagi kat tangan pengantin la. Kalau bagi kat tangan parents, wassalam je duit tu nanti.

Antara reaksi warga maya

Antara reaksi warga maya.

"Kalau boleh duit tu terus pada akaun pengantin sebabnya duit salam kaut yang bagi pada mak ayah tu kadang-kadang tak sampai pada pengantin.

"Macam mana cara terbaik nak bagi? Salam kaut parents dia atau terus pengantin?" ujar segelintir netizen lagi.

Pendapatnya itu disuarakan selepas seorang wanita mengajukan pertanyaan tentang jenis hadiah yang diperoleh semasa majlis perkahwinan dan sering digunakan.

Malah kata wanita ini, jawapan yang diberikan warga maya di ruangan komen balas dapat dijadikan rujukan untuknya menyediakan hadiah kepada rakan-rakan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain