suria

Perabot patah, TV punah... Owner homestay tunjuk ‘kerja’ penyewa, terpaksa tanggung rugi gara-gara perangai macam monyet

Luahan seorang pemilik homestay yang terpaksa menanggung kerugian angkara penyewa yang tidak mempunyai common sense.

LUMRAH bagi mana-mana pengusaha rumah inap atau homstay apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah penyewa.

Mungkin boleh diterima apabila segelintir daripada mereka bersikap cerewet serta banyak songeh.

Bagaimanapun, berdepan dengan penyewa yang tidak mempunyai common sense pastinya menguji tahap kesabaran.

Demikianlah rintihan seorang pengusaha homestay apabila terpaksa menanggung kerugian selepas barangan serta perabot miliknya dirosakkan pelanggan.

Menerusi luahan yang dikongsikan di TikTok, pengusaha homestay di Port Dickson, Negeri Sembilan itu menunjukkan 'hasil' kerja tangan beberapa penyewanya yang tidak mempunyai common sense.

HOMESTAY 2

Biarpun kerosakan kecil, namun sebenarnya ia memerlukan kos yang tinggi.

"Apabila buat homestay, owner kena tanggung kerugian. Apabila blind dah cantik-cantik... terus hancur. TV patah, jawapannya boleh humban ke laut, makan modal.

"Guest complain remote tak boleh tekan... belakang remote dah hancur. Guest yang lepas (sebelumnya) buat. Remote ni tak ada jual dekat kedai.

"Struggle nak mencari, rasa macam sakit gigi... usaha juga cari daripada satu kedai ke kedai yang lain," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara pengunjung pengotor, hotel cantik jadi huru hara! Staf housekeeping kena hadap juga sebab dah dibayar gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Kotor, perabot ‘hilang’! Sewa 1 malam, tetamu lenjan homestay cukup-cukup... Owner tanya, jawapannya menyakitkan hati

Bukan itu sahaja, kerusi yang diletakkan di ruang tamu juga pernah patah angkara penyewa.

"Kita dah repair, tahan dua bulan saja lepas tu patah, repair, patah... dan patah. Tak boleh buat apa-apa dah.

"Akhirnya kena keluar modal untuk keselesaan guest... Alhamdulillah diganti (kerusi) yang lebih baik.

"Doakan segala urusan pengusaha homestay kecil seperti kami dipermudahkan," tulisnya lagi.

Orang ingat buat homestay sentiasa untung je, tapi orang tak tahu ruginya macam mana.

NETIZEN

Bukan tidak menuntut ganti rugi sebagaimana amalan mana-mana pengusaha rumah inap atau hotel yang mengambil wang deposit sekiranya mendapati berlaku kerosakan, namun menurutnya kos kerosakan yang terpaksa ditanggung jauh lebih besar.

Perkongsian pengusaha homestay tersebut menjadi tular apabila meraih lebih 377,600 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat kepada individu berkenaan, malah ada juga yang menyuarakan hasrat untuk menginap di homestay miliknya.

KOMEN

Antara komen netizen terhadap luahan pengusaha homestay berkenaan.

"Sabar ya... setiap ujian pasti akan digantikan dengan rezeki yang lebih baik. Cantik sangat homestay, ada pemandangan laut lagi.

"Orang ingat buat homestay sentiasa untung je, tapi orang tak tahu ruginya macam mana.

"Pada tetamu, tolonglah ada sifat dan akhlak yang baik. Barang orang tu... kalau rosak dikira hutang tau.

"Ini orang ke monyet yang duduk? Rumah cantik sangat. Harap guest yang menginap sini lebih cermat,"demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain