GANGGUAN seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di tempat kerja. Apa yang menyedihkan, kadang kala mangsa gangguan seksual terbiar tanpa mendapat keadilan kerana campur tangan pihak yang lebih berkuasa. Di laman X, seorang pekerja wanita menerima sokongan netizen selepas dia berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa gangguan seksual kepada majikannya. Mangsa gangguan seksual boleh mengalami tekanan perasaan sekiranya tidak mendapat pembelaan sewajarnya. -Gambar hiasan Dakwa wanita itu, dia membuat laporan kepada pihak atasan di syarikatnya, namun tiada tindakan diambil ke atas pelaku sehingga ke hari ini. "Pagi ni aku kena gangguan seksual dekat pejabat. Bukan first time kena. Ni kali ketiga. "Dah report dekat pihak atasan tapi atasan tak buat apa sebab dia tu bos. Pagi ni aku kena gangguan seksual dekat pejabat. Bukan first time kena. PENGADU "Last time kena cium leher. Pagi ni dia ramas buah dada aku. Geli betullah (orang) atasan gila seks macam ni," dakwa pengadu. Pendedahan wanita itu tentang salah laku bos di tempat kerjanya dikongsi menerusi platform X. Di ruangan komen, seorang wanita memberi cadangan kepada pengadu supaya mengumpul bukti sebelum dia meneruskan laporan kepada polis. ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat” ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tagih ‘sentuhan’ suami kecewa jumpa tuala penuh air mani - “Aku tak suka dia buat sendiri!” "Lapor polis. Tapi bukti kena ada dulu. Kalau tak ada bukti, nanti awak boleh didakwa atas akta buat tuduhan palsu dan saman malu. "Beli kamera litar tertutup (CCTV) mini atau alat perakam, letak di poket baju, tudung atau dalam pejabat dekat tempat dia menggatal," ujar wanita itu. Segelintir pelayar X turut menyelar mangsa yang dilihat terlalu naif dan masih belum membuat laporan polis ke atas pelaku. "Alahai bodohnya kenyataan. Dah terang kau patut pergi lapor polis. Ada hati nak tanya apa patut dibuat? Lain kali jerit dan blah. Tak guna kekal dalam persekitaran macam tu. Netizen menggesa mangsa gangguan seksual agar membuat laporan polis. -Gambar hiasan "Tertanya-tanya, dia ni nak selesaikan masalah atau nak perhatian? "Selagi dibiarkan, bos akan buat lagi dan anggap kamu suka dan nak lagi. Sebaiknya buat laporan polis segera. "Peliklah orang sekarang. Kena gangguan seksual bukan nak pergi balai tapi meroyan dekat media sosial," ujar netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube