MELUANGKAN masa dengan melakukan aktiviti bersama merupakan perkara yang paling mengujakan bagi pasangan bercinta. Lazimnya seorang lelaki terpaksa menunggu lama di dalam kereta apabila kekasihnya mengambil masa untuk bersiap. Namun, berbeza pula bagi pasangan ini apabila teman wanitanya bukan sahaja sudah siap berhias malah sedia menanti ketibaannya di depan rumah. Video asal daripada akaun TikTok Aroy Shem itu dikongsikan semula di laman X. Keterujaan wanita ini dikongsikan oleh Aroy dalam satu hantaran video di TikTok. Tindakan tersebut mendapat pujian pemilik akaun berkenaan kerana dianggap sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan wanita. "Bukan senang nak jumpa perempuan yang cepat bersiap kalau nak keluar. "Yang ni (kekasih Aroy) tepat-tepat sampai dah siap menunggu," ujarnya dalam ciapan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Dating 2 hari dengan ketua pramugara, terus diajak kahwin! Dulu sering beri 'Token of Love' untuk kru di awan biru ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali keluar ‘dating’, wanita marah-marah dijemput naik Myvi... Geram tiada Mercedes! - “Aku tak suka kereta ni!” Dalam video berdurasi 42 saat itu, jelas kedengaran suara Aroy di sebalik rakaman berkenaan yang begitu terkejut apabila melihat kekasihnya begitu menepati masa. "Gila! Macam tak percaya... sudah siap! Wey gila la...macam tak percaya," ujar Aroy dalam video berkenaan. Kelihatan wanita berkenaan juga begitu girang melihat kedatangan teman lelakinya. Perempuan macam ni dia hargai masa orang. NETIZEN Menerusi perbualan mereka, difahamkan wanita itu bersiap satu jam lebih awal selepas Aroy menghubunginya bagi memaklumkan tentang rancangan mereka untuk keluar bersama. Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai respons netizen yang turut teruja dengan sikap menghormati masa wanita berkenaan setelah dikongsikan di laman X. "Tinggi usaha dia (nak dating). "Siap 'pakej' menari sekali. Komen netizen pada video dikongsikan semula di X. "Penemuan yang jarang berlaku. Bukan hanya sudah bersedia, siap berdiri tunggu tepi jalan. "Perempuan macam ni dia hargai masa orang. Ada perempuan tak ada common sense, terpaling itu ini acah princess (puteri raja)," komen netizen. Jika diteliti pada ruangan komen pada video asal dimuat naik di TikTok, Aroy menjelaskan bahawa dia dan pasangannya sudah menjalinkan hubungan percintaan sejak lebih setahun yang lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube