suria

Disindir kawan gara-gara tak beli kereta, wanita ini ada prinsip sendiri... Selesa naik e-hailing, rasa macam bayar pemandu peribadi

Keperluan dalam kehidupan berbeza mengikut insan. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang baru memasuki alam dewasa, sering disarankan beberapa keperluan untuk menjamin kehidupan selesa antaranya tempat tinggal dan kenderaan.

Memiliki kenderaan dapat memudahkan pergerakan ke tempat kerja dan lain-lain destinasi, sekali gus melancarkan urusan seharian.

Namun melalui satu ciapan di laman X, seorang wanita berbeza perspektif apabila dia berpandangan aset kenderaan tidak wajar menjadi satu keutamaan.

Kereta boleh dikira sebagai satu keperluan asas pada masa kini. -Gambar hiasan

Tambah wanita itu, dia cenderung untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing yang menurutnya lebih jimat dalam jangka masa panjang.

"Ada sesetengah yang cakap dekat aku, kalau naik e-hailing setiap hari, lebih baik bayar bulanan kereta sendiri. Bagi aku itu salah, sebab pada pendapat peribadi aku, apabila naik e-hailing ni kita boleh bertenang.

"Tak perlu pening drive, ketika jadi penumpang tu aku boleh tidur atau selesaikan perkara mustahak. Tak perlu fikir tentang minyak kereta, servis atau lain-lain perkara. Nampak tak faedahnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat teruja nak balik beraya, pemandu e-hailing ‘potong mood’ gurau tak bertempat - “You malas, tak dapat la jadi doktor”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing melepas tip sebab biadab, selamba sindir penumpang bertudung - “Kerana mulut, rezeki tersekat”

"Aku pula bukan sejenis yang selalu travel jauh, ibu bapa duduk dekat bandar dan tak perlu pulang ke kampung. Kerja pun banyak work from home. Jarang keluar melainkan apabila perlu je.

"Masih single dan tak ada perancangan lagi untuk berkahwin, sebab itulah aku rasa tak berbaloi memiliki kereta sendiri," jelasnya mempertahankan pendirian.

Selain itu, wanita tersebut turut mengakui ada segelintir kenalan yang memandang serong atas keputusannya itu.

Saya asingkan RM500 awal bulan untuk e-hailing... tak perlu fikir pinjaman, petrol dan penyelenggaraan kereta.

WARGA MAYA

"Aku berikan penjelasan ni sebab ada pihak yang duduk sindir aku tak mempunyai kereta. Kepada tuan empunya badan, cuma tengok semula diri awak tu, kereta pun mak ayah bagi pinjam, lagi nak pandang aku atas bawah.

"Tak perlu nak persoalkan aku punya prinsip, aku hanya akan memiliki kereta apabila syarikat bagi misalnya, itupun aku tak mahu pandu sendiri, aku akan minta staf.

"Masa sangat berharga dan aku pula seorang yang berkerjaya, bagi aku pandu kereta sendiri ni sangat merugikan waktu dengan nak hadap kesesakan trafik lagi.

"Kesimpulannya, guna e-hailing ni ibarat kita bayar pemandu peribadi tanpa perlu fikir kos penyelenggaraan kereta sendiri," katanya menutup bicara.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya turut menyokong perkara yang dihujahkan wanita berkenaan.

"Bagus sis ada common sense, saya pernah jumpa seorang kawan ni, dia duduk menumpang je sebab dia tak ada kereta. Saya tak ada masalah pun, tapi cuba la hulur duit sikit kadang-kadang tu.

"Saya juga amalkan perkara sama, saya asingkan RM500 awal bulan untuk e-hailing, tak perlu fikir pinjaman, petrol, penyelenggaraan kereta dan sebagainya.

"Beli kereta ni adalah satu komitmen yang besar juga, jadi kalau belum bersedia, ada bagusnya ikut cara sis ni," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain