suria

Isteri merajuk suami beli Honda FL5! Siap keluar simpanan 6 angka bayar down payment... Cita-cita nak berhenti kerja terbantut

Seorang wanita dilema selepas suami membeli kereta baharu. -Gambar hiasan (Star Media Group)

KENAIKAN pangkat dan gaji suami pasti turut menjadi berita gembira buat si isteri.

Namun lain halnya buat wanita ini kerana kegembiraan itu tidak kekal lama apabila suaminya bertindak membeli kereta baharu.

Menurut wanita itu, setelah suaminya memiliki model Honda Civic Type R (FL5) yang menjadi kegilaan ramai pada masa kini, hasratnya untuk bergelar suri rumah sepenuh masa pula tidak kesampaian.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihannya. -Gambar hiasan

Malah dakwanya, simpanan suaminya yang mencecah enam angka dikeluarkan untuk pembayaran deposit bagi pembelian kereta idaman itu.

"Suami aku baru promoted dan naik gaji. Ingat apabila (dia) naik gaji ni, aku bolehlah berhenti kerja. Tapi dia pergi buat loan (pinjaman bank) beli Honda FL5 dengan deposit guna wang simpanan lima bulan gaji dia RM100,000.

"Aku nak marah dan merajuk. Beli kereta sampai RM400,000," luahnya menerusi satu hantaran di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sederhana pun susah! Pasangan gaji 8K bahagia guna Axia... Cuma isteri sedih orang lain ingat suami sengkek

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘nasi bajet’ asyik tukar kereta baharu, siap beli Tesla! Jiran depan rumah buat siasatan, akhirnya jumpa jawapan

Difahamkan, pembelian kereta tersebut dibuat si suami tanpa berbincang dengan isterinya terlebih dahulu.

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen melihat suami wanita itu berkemampuan untuk membeli kereta tersebut di atas usaha dan simpanannya sendiri.

Suami membelanjakan sejumlah wang untuk membayar deposit kereta. -Gambar hiasan

Ini kerana jika diamati, dengan simpanan lima bulan gaji dijadikan sebagai bayaran deposit untuk pinjaman bank, ini bermakna suaminya menyimpan kira-kira RM20,000 sebulan, dan kemungkinan pendapatan bulanannya sebenarnya melebihi RM30,000.

"Simpanan lima bulan dapat RM100,000 menjadikan setiap bulan boleh menyimpan RM20,000. Jadi, pendapatan dia mesti lebih RM30,000. Suami kau mampu sangat tu.

Bukan dia ambil bini nombor dua. Bini 'besi' je pun.

NETIZEN

"Saya melihatnya sebagai self reward. Yang mana bayaran bulanan dia juga yang rasa sakitnya nak bayar. Asalkan dia baik, bertanggungjawab dan sayangkan keluarga dia. Lelaki pun ada keinginan mereka juga.

"Kasihan lelaki, nak self reward beli 'mainan' dia pun tak boleh. Bukan dia ambil bini nombor dua. Bini 'besi' je pun. Kerja penat-penat tapi kalau dapat reward dengan benda yang kita minat, lagi kuat usaha kita pada masa depan kan?

"Dia naik gaji dan promoted tu sebab hasil kerja dia, jadi dia layak reward diri sendiri. Yang bini tu nak berhenti kerja buat apa? Nak hidup senang.

"Beli kereta baharu tak apa. Tapi kalau beli kereta baharu untuk ngorat perempuan kena risaulah," demikian antara komen netizen.

Konflik rumah tangga berlaku disebabkan tiada persefahaman. -Gambar hiasan

Merujuk kepada luahan kekecewaan isteri berkenaan, seorang individu pula tampil memberi teori mengenai senario lelaki yang ditawarkan kenaikan gaji yang tinggi.

Menurutnya, kebiasaannya golongan lelaki itu berada dalam krisis pertengahan usia (midlife crisis).

"Dalam fasa ini selalunya duit akan pergi ke salah satu daripada dua tempat ini. Pertama, kereta atau motor yang mahal. Kedua, perempuan lain.

"Akak pilihlah apa struggle yang akak boleh terima," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain