RAMBUT adalah mahkota bagi wanita, namun ia juga menjadi 'perhiasan' penting bagi kaum lelaki. Maka tidak hairanlah apabila kaum Adam juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan rawatan rambut demi menjaga penampilan diri. Namun menerusi perkongsian di TikTok @sarahshmsul, dia berkongsi pengalaman buruk ketika menemani suaminya bagi mendapatkan salah satu rawatan rambut yang ditawarkan pada harga promosi RM79 di sebuah spa terkenal. Mengimbas semula momen itu, Nur Sarah Shamsul Nizam, 24, memberitahu mereka sebaliknya dipaksa membuat bayaran deposit bagi mendapatkan rawatan secara berkala. Pelanggan berhak memilih rawatan yang dimahukan tanpa paksaan. -Gambar hiasan "Ada satu hari tu, suami saya niat nak pergi buat rawatan rambut memandangkan spa terkenal tersebut tawarkan rawatan yang termurah dengan harga RM79. "Apabila kami dah masuk dan dah imbas kulit kepala, tiba-tiba pekerja itu terus suruh kita buat rawatan berharga RM5,000 ya. "Padahal kami dah cakap nak buat pakej yang murah seperti yang diiklankan sahaja," kata ketika membuat perkongsian itu. Ketika dihubungi mStar, Sarah memberitahu dia terkedu apabila diminta untuk membuat pembayaran deposit bagi rawatan berkenaan. Kata Sarah lagi dia dan suaminya bertegas memberitahu pihak spa yang mereka hanya mahu mencuba rawatan murah seperti diiklankan sahaja. Bagaimanapun pendirian mereka seperti tidak diendahkan dek kerana pekerja itu tetap memaksa untuk membuat bayaran deposit. ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah mata duitan naik angin anak resign sebab majikan suruh tipu timbang berat emas - “Kau bukan solat cukup pun” ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat Perunding Perkahwinan Kerugian RM500,000 Ditipu Pekerja "Masalahnya dia paksa kita juga walaupun saya dah cakap tak ada duit dan hanya boleh bayar untuk rawatan RM79 sahaja. "Mula-mula dia suruh deposit RM500 tau, lepastu kami cakap yang kami tak ada duit. "Dia suruh RM300 pula, masih saya cakap tidak mahu, dan suami saya pun ulang perkara yang sama tapi dia masih memaksa," ujar Sarah lagi. Dalam keadaan yang tersepit, Sarah berkata dia terpaksa membuat bayaran serendah RM50 bagi 'melepaskan' diri daripada situasi itu. Konon ada promo RM99, sekali apabila dah masuk... harga dah lain sebab caj tambahan seperti minyak urutlah, minyak panaslah. Netizen Bercerita lanjut, Sarah berkata dia agak kurang selesa apabila pekerja di spa tersebut memberitahu sekiranya tidak dicegah, kulit kepala suaminya boleh menjadi lebih teruk. "Kami tetap buat rawatan berharga RM79 tu namun memang tak mahu ke sana lagi sebab mahal dan takut dia suruh tambah rawatan lain. "Promoter itu ada cakap kulit kepala suami saya dah teruk, kalau tak buat (rawatan mengikut pakej mahal) nanti boleh berkulat. Tapi dah dua tahun, elok saja keadaan suami saya. "Lepas dah bayar RM50, sampai sekarang tak buat apa-apa rawatan... burn saja duit saya," katanya. Antara komen warga maya. Dalam pada itu, dia juga turut menitipkan pesanan buat pengguna di luar sana agar berhati-hati dengan sebarang bentuk iklan yang menawarkan rawatan kecantikan pada harga murah di media sosial. Melihat di ruangan komen, rata-rata warga maya juga pernah alami perkara yang sama seperti Sarah sama ada spa rambut ataupun kecantikan. "Betul tu, suami saya buat makin breakout adalah, padahal mereka offer isi serum RM50. "Konon ada promo RM99, sekali apabila dah masuk... harga dah lain sebab caj tambahan seperti minyak urutlah, minyak panaslah. "Kita pergi nak me time je tapi paksa tambah (rawatan) ni yang menyampah," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube