PENGGUNAAN tangkal atau azimat masih lagi wujud di Malaysia meskipun ia bertentangan dengan ajaran Islam. Biasanya ia dipakai bagi tujuan menolak bala, melindungi diri dan dijadikan sebagai pelaris. Terbaharu, seorang perawat Islam berkongsi video ketika dia bertemu pemuda yang dirasuk akibat pemakaian azimat. Pemuda itu terus lemah selepas azimat berkenaan ditanggalkan dari tubuhnya. Menerusi video di TikTok Pusat Rawatan At Taubah, pemuda itu dilihat memakai azimat berwarna hitam yang diikat di bahagian perutnya. Dia dilihat duduk seperti sedang bertapa sebelum tiba-tiba merangkak di atas lantai. "Akibat guna azimat perang di pinggang, ada harimau yang menjaga kiri dan kanan. Sewaktu kami tiba, pesakit dah bersiap sedia untuk berperang. Selepas diputuskan azimat daripada badan, pesakit terus menjadi lemah dan sedar. PERAWAT PUSAT RAWATAN AT TAUBAH "Azimat diterima daripada guru pertahanan diri, bertujuan melindungi diri dan menjadi kuat semasa bertempur," tulis perawat itu pada kapsyen video. Menurut perawat itu, pemuda berkenaan berubah sikap selepas memakai azimat pada badannya. Lebih teruk, pemuda itu juga diarahkan untuk memuja azimat berkenaan untuk memastikan ia sentiasa berkesan. ARTIKEL BERKAITAN: Meracau ketika dirawat, ustaz dedah TikToker terkena sihir Siam! Terus sakit selepas insiden bergaduh ARTIKEL BERKAITAN: “Yang tak baik datang rumah kita, kucing tanggung dulu” - Perawat ajar cara kesan jin pada Oyen, 9 ekor bulus mati kena sihir dituju kepada pemilik "Sifat (pemakai) terus berubah menjadi panas baran dan pemarah. Ada malam tertentu pemakai perlu memuja azimat dengan asap. "Selepas diputuskan azimat daripada badan, pesakit terus menjadi lemah dan sedar," ujar perawat itu lagi. Dia turut membakar azimat berbentuk kertas itu selepas selesai merawat pemuda berkenaan dengan membaca ayat-ayat al Quran. "Isi azimat berbentuk harimau dan pedang, ayat yang disalah guna daripada al-Quran "Proses memutuskan perjanjian antara pesakit dan tangkal, dan dihapuskan agar tidak digunakan lagi," ujarnya. Perawat membakar kertas azimat itu pada penghujung sesi rawatan. Video sesi rawatan itu menerima 1.4 juta tontonan di TikTok dan turut dihujani lebih 900 komen netizen. "Saya guna azimat untuk tenaga batin selepas kahwin. Alhamdulillah dah masuk dua cahaya mata. "Dah pernah buang tapi tak lama tu ada balik bang. Kadang tak boleh nak kawal diri sendiri. "Benda ni datuk dan moyang kita guna untuk berperang pada zaman dulu," kongsi beberapa netizen. Sebagai peringatan, penggunaan tangkal atau azimat untuk apa-apa tujuan sama ada rawatan ataupun sebagai pelaris adalah diharamkan kerana ia mengandungi elemen syirik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube