SEORANG adik meluahkan rasa simpati terhadap nasib abang kandungnya yang dilihat diabaikan oleh isteri. Menurut si adik, abangnya tidak dijaga dengan baik kerana kakak iparnya tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Kisah rumah tangga abangnya ini dikongsikan menerusi satu hantaran di laman X sebelum mendapat perhatian ramai. Seorang wanita memerhatikan cara layanan kakak ipar terhadap abangnya. -Gambar hiasan "Kakak ipar saya selalu tinggalkan suami dia sorang-sorang dekat rumah. Contohnya selalu balik rumah mak dia lepas tu berseronok dengan keluarga dia tanpa suami. "Kalau mereka berdua balik rumah mak dia pun selalunya abang saya ni jaga anak je dekat rumah. Isteri dia keluar dengan adik beradik dia. Saya bukan apa... kasihan je tengok abang saya ni makan minum dia entah ke mana. "Mungkin betul abang saya bagi je dia nak buat apa-apa tapi sekurang-kurangnya ada 'common sense' la kan. Sudah berkahwin jangan la 'lepas diri' sorang je. Fikir la juga suami ni nanti macam mana," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Aku nampak dia tengah panjat” - Gadis menggigil, abang ipar intai tengah mandi pukul 11 malam! ARTIKEL BERKAITAN: Faraid dah selesai agih, lelaki rimas kakak ipar masih minta duit selepas arwah abang meninggal Berniat untuk meluahkan perasaan, dia bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan pandangannya. Rata-rata warga maya menganggap wanita ini sebagai penyibuk kerana 'menjaga' hal rumah tangga abang dan kakak iparnya. "Kita tak tahu pun situasi orang. Tak perlu la masuk campur. Suami dia, tahu la nak didik isteri dia. Kita tak serumah dengan dia jadi kita tak tahu, jangan tuduh apa-apa. Kepada awak, jangan menyibuk la hal mereka. Awak ni busuk hati betul sebagai ipar. NETIZEN "Kepada awak, jangan menyibuk la hal mereka. Awak ni busuk hati betul sebagai ipar. Kalau awak kahwin mesti awak faham kan? Kalau tak kahwin tu memang patut la cakap macam ni. "Kalau suami dia dah izin biarlah. Abang awak tak pandai cari makan, pakai sendiri ke dik. Selama ni hidup terbiasa orang buatkan semua ke, tak mampu berdikari ke," antara komen netizen. Selain itu, salah seorang individu yang sudah berkahwin turut tampil berkongsi pengalamannya yang berdepan situasi sama. Katanya, suami tidak mempunyai masalah untuk 'melepaskan' dirinya pulang ke kampung sendirian selama dua minggu sebelum ini. Komen netizen di X. Malah katanya, amalan ini boleh membuatkan mereka masing-masing mempunyai masa untuk berehat selepas kepenatan menguruskan rumah tangga. "Suami saya elok je bagi saya balik kampung bulan puasa baru ni. Dua minggu. Dia pun boleh rileks dua minggu dari jaga anak sekejap. "Bab makan pun tak pening, kedai makan tepi jalan bersepah dan kadang-kadang dia masak. Tak ada isu pun. Kami tak ada (dekat rumah) ni suami pergi melepak dengan kawan-kawan dia. Jadi semua dapat berehat," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube