APABILA hidup berjiran, kita mestilah mengamalkan sikap toleransi dan tidak menyusahkan orang sekeliling. Di Facebook, seorang individu meraih perhatian ramai apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap jirannya. Menurut pengadu, dia berasa sangat rimas berjiran dengan sekumpulan pelajar kerana mendakwa mereka sering membuat bising sehingga larut malam. Toleransi merupakan kunci keharmonian dalam kehidupan berjiran. -Gambar hiasan "Saya sekarang sewa di sebuah unit di kawasan Cyberjaya. Dalam dua ke tiga minggu lepas, unit sebelah saya pindah ke studio juga, confirm student. "Tiap-tiap malam rumah akan dipenuhi dengan kawan-kawan mereka. Saya ada masalah bila pukul 12 hingga 3 pagi, mereka mula buat bising sehingga mengganggu jiran lain serta saya," luahnya. Menurut pengadu, gangguan bunyi yang berlaku menyebabkan tidurnya terganggu. Atas budi bicara polis, sebab kesalahan kali pertama, end up dengan warning sahaja. PENGADU Dakwanya lagi, dia juga terhidu bau asap rokok dan mengesyaki kumpulan pelajar berkenaan turut membawa bahan terlarang dipercayai ganja dalam unit kediaman mereka. "Tak dapat tidur dengan tenang. Dah beberapa kali boleh hidu asap rokok atau suspect weed juga depan rumah mereka ni. "Saya ingin pendapat, macam mana nak selesaikan masalah ni? Perlu buat laporan polis ke untuk mereka datang serbu dan lakukan ujian air kencing? ARTIKEL BERKAITAN: Jiran parkir ‘block’ laluan masuk buat-buat pekak, hon banyak kali pun tak dengar! - “Lepas tu keluar buat muka” ARTIKEL BERKAITAN: Jiran tak tenteram tengok gazebo atas ‘langit’, bumbung merah halang pemandangan... Ramai pelik macam mana dapat kelulusan "Ini bukan kali pertama isu ini dibawa ke pihak pengurusan," ujar individu itu menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM). Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju agar pengadu membuat laporan polis atas gangguan yang berlaku di kejiranannya. "Lepas pukul 12 malam buat bising boleh hubungi polis sebab mengganggu ketenteraman awam. "Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan atas gangguan ketenteraman. Asap rokok boleh mengganggu ketenteraman orang sekitar. -Gambar hiasan "Cakap baik-baik dengan mereka," saran beberapa individu. Selepas membuat perkongsian di Facebook dan menerima saranan netizen, pengadu berkata dia akhirnya membuat laporan polis sehingga unit kediaman itu diserbu. "Saya dah hubungi polis Cyberjaya. Pukul 3 hingga 5 pagi bising mabuk. Dalam unit tinggal tiga orang je. "Atas budi bicara polis, sebab kesalahan kali pertama, end up dengan warning sahaja," kongsi pengadu lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube