suria

Baru dapat 4K sebulan dah beli kereta import, sewa rumah 1K! Kakak gaji lebih tinggi risau tengok adik nafsu T20 berbelanja

Segelintir generasi muda gemar membeli kereta mewah untuk kepuasan diri. -Gambar hiasan

BAGI seseorang yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM4,000 dalam situasi ekonomi masa kini merupakan pencapaian yang agak membanggakan.

Dalam usia yang masih muda, sudah pastinya nafsu untuk memiliki sesuatu barangan begitu membuak-buak dan tanpa perancangan kewangan yang bijak mereka mungkin terjerumus ke kancah beban hutang.

Seorang kakak meluahkan kebimbangan terhadap adik bongsunya yang dilihat cenderung memenuhi kehendak berbanding keperluan.

"Saya ada adik bongsu perempuan. Dia baru dapat kerja dengan contract kerja dua tahun. Gaji RM4,000... sekarang dia ada hutang motor dalam RM300 sebulan.

"Lepas tu dia beli Yaris bulanan RM950 lebih. Sewa rumah RM1,000. PTPTN RM200, iPhone 15 Pro dengan Maxis RM270 sebulan. Tapi hujung bulan asyik minta duit dengan saya," luahnya.

adik 2

Ramai generasi muda terjerat dengan hutang kerana gagal mengurus kewangan dengan bijak. -Gambar hiasan

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia sudah menasihati adiknya itu agar berpada-pada berbelanja khususnya membabitkan komitmen bulanan yang tinggi, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

"Penat dah nasihat dekat dia gaji baru RM4,000 jangan ambil Yaris dia ambil juga. Dia kira 'installment' sahaja bulan-bulan, insurans dan road tax tak kira," luahnya lagi.

Bukan berkira dengan adik beradik sendiri, namun menurut individu berkenaan, dia tidak dapat membantu adik bongsunya kerana dirinya sendiri mempunyai tanggungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu gaji 7K enggan balik beraya, penat jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dicop ‘kedekut’

ARTIKEL BERKAITAN: Adik hulur RM50 seminggu, segan dapat abang sangat baik! Dah la bayar gaji, makan minum dan tempat tinggal pun ditanggung

"Saya gaji lagi tinggi daripada dia tapi disebabkan saya sudah berkeluarga dan ada tanggungan jadi saya tak dapat nak bantu dia. Saya bimbang dia akan jadi suka buat hutang merapu-rapu.

"Apa pendapat tuan puan untuk mengelakkan dibebani hutang pada masa akan datang? Apa 'suggestion' kereta untuk seseorang yang gaji RM4,000 dan baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan?" luahnya dalam satu grup Facebook sambil meminta pandangan warga maya.

Menjengah ruangan komen, kebanyakan warga maya tampil memberikan pandangan supaya wanita berkenaan menasihatkan adiknya kerana dibimbangi akan terjerat dengan masalah hutang ketika masih muda.

Dah tahu nafsu tu 'level' T20, tebal pula muka tu dok pinjam duit aje kat orang, benda 'simple' pun tak boleh fikir ke?

NETIZEN

"Awal benar dah terus pakai Yaris. Pakai kereta biasa-biasa je dulu. Myvi 'second hand', Saga 'second hand'... kalau bujang, duduk bilik or duduk rumah sewa ramai-ramai kongsi. Tak payah mengada sangat sewa rumah seorang bayar sampai RM1,000.

"Dah tahu nafsu tu 'level' T20, tebal pula muka tu dok pinjam duit aje kat orang, benda 'simple' pun tak boleh fikir ke, semua nak kena orang suap... aku dulu nak kahwin pulun buat kerja part time Sabtu Ahad 'full day'.

"Adik awak ni 'high maintenance'. Berkemungkinan besar makan di kafe hispter, make up mahal, 'shopping' mahal. Rumah tu 'downgrade' ajelah sebab bujang kan. Apa-apa pun kalau degil sangat biarkan aje dia supaya dia belajar daripada kesilapan," demikian antara komen netizen.

komen adik

Antara pandangan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Malah ramai yang berpendapat, adik perempuan individu tersebut sebaik-baiknya menukar kereta yang hanya memerlukan komitmen bulanan lebih rendah supaya dapat berjimat dan menggunakan wang lebihan untuk perkara yang lebih penting.

"Jual kereta ambil Axia je. Dah jimat RM500 daripada bayar Yaris. Baki bagi mak ayah lagi bagus.

"RM4,000 tu beli Axia je dah tersangatlah okay. Duit lebih tu boleh pergi berjimba," komen yang lain pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain