BERBUAT baik sesama insan dan membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa atau jantina adalah satu amalan yang dituntut. Namun lain pula yang terjadi kepada gadis kolej ini yang dimarahi oleh teman lelaki hanya kerana dia membantu dua pelajar perempuan lain. Menurut gadis itu, dia sedang memandu kereta di dalam kampus ketika cuaca hujan dan ternampak dua pelajar perempuan sedang berjalan kaki memakai kasut tumit tinggi menuju ke kolej. Simpati melihat keadaan mereka yang 'bergelut' untuk sampai ke destinasi, dia terus menumpangkan kedua-dua mahasiswa berkenaan. Komunikasi penting dalam perhubungan bagi mengelakkan perbalahan. -Gambar hiasan "Saya bawa kereta pergi kampus, lepas tu tadi hujan lebat gila. Masa memandu saya nampak dua pelajar perempuan sedang berjalan bawah hujan dengan memakai kasut tumit tinggi menuju ke kolej mereka, jalan pun dah senget-senget. "Kolej diaorang pula, kena panjat bukit yang sangat curam, jadi saya offer diaorang naik dengan saya," ujar gadis itu memulakan ceritanya. Selain rasa simpati dan ikhlas membantu rakan sekolej, dia juga berharap tindakannya itu akan mendapat reaksi positif daripada teman lelakinya. ARTIKEL BERKAITAN: Suka bersaing dengan awek sendiri... Dia paling pandai, serba tahu! Wanita kesan perangai buruk BF, ramai halang kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Insaf bercinta dengan lelaki ‘red flag’, wanita ini bongkar kisah di Cameron Highlands... RM200 melayang di kedai nasi lemak! Bagaimanapun sangkaannya sama sekali meleset apabila teman lelaki tidak bersetuju dan marah atas terhadap tindakannya menghulurkan bantuan. "Saya ingat BF (boy friend) akan bangga dengan saya sebab tolong orang susah, tapi saya kena marah teruk gila. "Dia cakap saya baik tak bertempat, saya faham dia risau saya bawa orang tak dikenali tapi dia boleh tegur elok-elok kan, kenapa nak marah? "Ini saya call apa semua dia buat tak tahu saja sebab dia marah dengan saya," katanya. Run girl, run! Tak perlu ada orang toxic macam ini dalam hidup. NETIZEN Tambah gadis ini lagi, dia tidak merasakan tindakan menumpangkan dua individu tersebut sebagai salah dan percaya Allah akan membalas setiap kebaikan yang dilakukan hamba-Nya. Disebabkan melakukan kebaikan, teman lelakinya juga menggelarkan dirinya sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri. "I call apa semua dia 'ignore', sebab dia marah. Dia cakap I rasa diri I je betul. I nak tolong orang je, I 'believe in the future', kebaikan tu akan dibayar balik oleh Allah. "I sedih sebab kena marah padahal I nak dia bangga dengan I dan buat dia rasa kagum," katanya. Sedih dengan sikap teman lelakinya, gadis tersebut membuat luahan di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Melewati ruangan ciapan balas, kebanyakan netizen menasihatkannya supaya meninggalkan lelaki tersebut dan mencari pemuda yang lebih memahami. Rata-rata netizen menyarankan gadis itu memutuskan hubungan dengan kekasih. "Run girl, run! Tak perlu ada orang toxic macam ini dalam hidup. "Cari lainlah, lelaki itu ego... kita empati dengan kesusahan insan lain. "Red flag anon, ini baru bercinta dah marah-marah sebab tolong orang asing. Nanti dah kahwin, tolong keluarga pun kena marah... naya sahaja," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube