suria

Gelabah bos suruh bancuh minuman untuk klien, gadis beri alasan tak minum air manis di rumah... Buat teh o tapi tak letak gula

Membancuh air merupakan satu kemahiran asas. -Gambar hiasan

ALAM pekerjaan menuntut seseorang itu menguasai banyak kemahiran sama ada berkaitan tugas pejabat atau sebaliknya.

Pendek kata, pekerja zaman sekarang harus versatil, bukan sekadar duduk di hadapan komputer dan menaip menggunakan papan kekunci.

Melalui satu ciapan di laman X, seorang pekerja wanita agak cemas kerana berdepan kesulitan untuk membancuh air kopi seperti mana yang diminta oleh penyelianya.

Banyak perkara baharu yang boleh dipelajari di pejabat. -Gambar hiasan

Lebih melucukan, wanita itu memberikan alasan masalah tersebut berpunca daripada keluarganya sendiri yang jarang mengambil minuman manis.

"Tolong, nak minta tunjuk ajar semua. Saya dekat pejabat, tiba-tiba bos suruh buat air sebelum masuk mesyuarat dengan klien.

"Saya mula-mula terdetik hati nak menolak, sebab itu bukan skop kerja saya. Tapi memandangkan ini syarikat pertama saya dalam karier, tak kan nak keras kepala cakap tak mahu pula kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ ajak mak jumpa bos, stres disuruh masuk data dalam sistem... Siap bawa surat doktor nak berhenti kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar ajelah satu ofis dengan ‘geng sunat laser’! Kerja malas, banyak alasan tapi tak malu minta advance dekat bos

"Cuma masalahnya, dekat pejabat ni tak ada minuman segera 3 dalam 1, semua kena bancuh sendiri. Contohnya nak buat minuman malt coklat pun kena campur sendiri dengan susu. Dah la keluarga saya jarang minum manis.

"Selalu dalam keluarga saya ni petang-petang minum teh O panas tanpa gula je. Jadi saya kurang pasti pembahagian nisbah yang tepat apabila nak bancuh air, contohnya berapa banyak kopi, berapa banyak gula, berapa banyak susu. Susahnya!" keluh wanita itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan ada yang menyelar wanita itu yang dianggap lemah.

Kalau aku dalam situasi macam ni, aku order je dari kafeteria pejabat untuk buatkan air.

WARGA MAYA

"Apa nak jadi budak zaman sekarang ni, masalah bancuh air pun tak boleh selesai sampai kena masuk media sosial. Otak tu cetek betul, kosong tak ada isi.

"Bancuh je ikut suka kak, kalau bos tak suka rasa minuman tu nasib kau la, sekurang-kurangnnya lepas ni dia tak suruh kau buat air lagi. Benda boleh belajar, cuma kena berani mula," kata beberapa pelayar.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang berkongsi pengalaman sama dengan wanita berkenaan.

Warga maya berkongsi tip membancuh air.

"Aku dulu pun pernah kena panggil buat air sebab makcik yang biasa buat air cuti. Jadi aku pun cuba-cuba je la, try and error, sekali bos dan menteri yang minum air aku tu semua cakap sedap. Ya Allah berbunganya hati ni.

"Kalau aku dalam situasi macam ni, aku order je dari kafeteria pejabat untuk buatkan air. Tak perlu pening-pening fikir kalau air kita bancuh rasa hauk.

"Cakap je dekat bos yang kau tak nak buat air, kau tu kerja korporat, banyak cantik muka dia kau nak kena jadi bibik pula dekat pejabat," kata warga maya.

Selain meninggalkan komen, ada juga yang baik hati mengajar cara-cara membancuh minuman berserta sukatan air, gula dan susu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain