RAMAI berlumba-lumba untuk mencari peluang pekerjaan di Singapura kerana tawaran gaji yang lebih tinggi dan lumayan. Nilai gaji yang diterima berlipat kali ganda berikutan mata dolar Singapura yang lebih kukuh berbanding ringgit pastinya dicemburui. Di sebalik kesenangan itu, ada cabaran getir terpaksa dilalui oleh mereka yang bergelar RUN SGD, iaitu golongan yang berulang-alik antara dua negara setiap hari demi mencari rezeki di Republik itu. Antara mereka bukan sahaja perlu bangun awal pagi, malah berdepan dengan kesesakan lalu lintas meskipun sebahagiannya menunggang motosikal ke tempat kerja. Nilai gaji lebih tinggi antara faktor rakyat Malaysia bekerja di Singapura. -Gambar hiasan kanan / Bloomberg Tanpa diduga, ketika dalam perjalanan terdapat seorang penunggang motosikal yang mengalami masalah terputus rantai semasa dalam perjalanan. Menurut seorang pemuda, dia bertemu dengan penunggang yang berdepan dengan situasi itu di Pusat Pemeriksaan Woodlands (WCP) di Singapura, pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, rakyat Malaysia baru sedar penat kerja di Singapura! Bujang, simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran Namun apa yang tidak sedap didengar apabila dia meluahkan kekesalannya terhadap lelaki yang dibantunya itu. "Kepada abang motor Melayu yang rantai tercabut kat WCP semalam (Isnin) pukul 11.30 pagi, set spanar saya bila nak pulangkan balik ye? "Silap saya terbagi sekali dengan pam motor dan set cacing (peralatan digunakan untuk menampal tayar bocor)," katanya yang mengakui insiden itu juga disebabkan oleh kecuaiannya sendiri. Kesesakan lalu lintas merupakan antara cabaran rakyat Malaysia bekerja di Republik itu. Menerusi satu hantaran di grup Facebook, pada Selasa, dia turut memberitahu sudah berkongsi nombor telefonnya kepada penunggang motosikal tersebut tetapi tiada usaha untuk menghubunginya. Bukan sekadar itu, dia turut meluahkan kekesalan kerana dakwanya individu tersebut tidak menghargai pertolongannya. Dah tolong tapi bingai buat perangai. NETIZEN "Nombor telefon dah bagi, tapi tak ada call. Tak ada mesej, ucap terima kasih pun tak. "Saya tak ambil gambar motor abang atas dasar percaya Melayu sama Melayu. Tapi itulah, apabila orang dah tolong sekurang-kurangnya berbudi bahasa," ujarnya lagi. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib malang yang dialaminya. Rakyat Malaysia berulang-alik mencari rezeki di Singapura. Pada masa sama, pemuda itu turut disindir kerana kecuaiannya memberikan peralatan untuk membaiki kerosakan motosikal. "Dasar tak kenang budi. "Dah tolong tapi bingai buat perangai. "Laaa... kenapa kau tak kasi motor kau sekali. Lagi terbaik. "Dia tak tahu pula abang tu 'kaki' ambil barang. Kalau tahu, dengan geran tanah famili dia bagi sekali," demikian antara komen netizen. Di ruangan komen itu juga, terdapat saksi yang melihat kejadian terputus rantai motosikal, dan mendoakan agar ada individu yang baik hati tampil membantu penungang motosikal tersebut. "Doa abang (saksi) makbul. Boleh tolong doakan dia pulang set balik set cacing dengan pam saya tak? Tool tu tak kisah sangat," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube