suria

Suami buat lawak isteri hamil benih lelaki lain, ketawa depan kawan-kawan! Wanita syukur cerai, memang layak ditinggalkan

Hal nasab dan keturunan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat jenaka. -Gambar hiasan

DALAM berjenaka, kita juga perlu menjaga batas agar ayat-ayat yang dituturkan tidak mengguris hati orang lain.

Di platform X, seorang wanita meraih perhatian netizen apabila dia berkongsi tentang bekas suaminya yang membuat jenaka keterlaluan.

Jodoh mereka bagaimanapun tidak berpanjangan apabila wanita itu mendedahkan dia telah berpisah dengan lelaki tersebut.

KHALWAY POSED PHOTO...

Tuduhan zina terhadap pasangan sendiri merupakan satu perkara yang serius. -Gambar hiasan

"Hari ini, otak saya mengingatkan saya tentang bekas suami yang buat jenaka mengenai bayi dalam perut saya.

"Dia kata, entah-entah baby dalam perut tu bukan anak I dan ini berlaku di hadapan kawan-kawannya. Dia ketawa.

"Apa jenis manusia yang saya kahwini? Allah betul-betul selamatkan saya daripadanya," ujar wanita itu menerusi ciapan pada Isnin.

Jadi hati-hati okay. Mulut jangan jalan dulu sebelum otak.

BEKAS ISTERI

Mengimbas detik itu, dia mengaku berasa malu dan berharap netizen yang membaca kisahnya agar mengambil pengajaran untuk menjaga batas dalam gurauan.

"Saya rasa malu, tapi saya tidak menghiraukannya. sehingga ke hari ini, tiba-tiba kenangan itu keluar. Tapi tak apa. Allah pasti ada sesuatu dan seseorang yang lebih baik untuk saya.

"Kamu semua ambillah ciapan (tweet) ini sebagai pengajaran dan berpada-pada dalam melawak. Lagi-lagi benda sensitif macam ni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau bini mengandung, tak payah lepak!” - Lelaki baru kematian isteri beri pesanan ‘deep’, seolah-olah sembunyi sesalan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak layan isteri hamil teringin ayam golek, disuruh berjimat nak sambut anak... Netizen geram, minta alamat nak belanja!

"Islam kan? Ada iman kan? Jadi hati-hati okay. Mulut jangan jalan jalan dulu sebelum otak," ujar wanita itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan sokongan terhadap wanita itu dan menyelar gurauan yang dibuat oleh bekas suaminya.

Malah, netizen berkata ayat yang dituturkan bekas suami wanita itu bukanlah satu gurauan, sebaliknya merupakan satu fitnah yang keji.

"Tak kelakar gurauan bekas suami dia. Masa tu dia masih bini kau kot. Bodoh punya jantan.

baby 3

Kaum Hawa sering menjadi bahan gurauan berunsur seksual oleh lelaki. -Gambar hiasan

"Sebagai lelaki, bab-bab benda ni aku dengan kawan aku tak akan bergurau. Melawak bab zina, nasab anak ni benda berat dan boleh jadi dosa besar. Semoga dijauhkan kawan sebegini.

"Takutnya kalau tak menjaga lidah. Nak bergurau pun kena pandang kiri kanan. Common sense kena tinggi dengan pasangan. Nauzubillah dengan perkara ini.

"Patutnya dia yang rasa lebih malu berkata sebegitu. Isteri cerminan suami kot.

"Bahaya, gurauan tapi boleh jadi tuduhan isteri berzina dengan orang lain," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain