suria

Senang hati dapat dim sum percuma, dilayan istimewa... Tapi wanita buat-buat tak faham usaha lelaki, ‘friendzone’ rakan sepejabat

Seorang lelaki akan melakukan apa sahaja bagi menambat hati wanita. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang dilamun cinta, apa sahaja sanggup dilakukan demi menambat hati si dia.

Walaupun begitu, ada kalanya usaha yang dicurahkan gagal meraih perhatian yang diingini.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang gadis menceritakan rasa terharu bercampur serba salah dengan sikap budiman rakan lelaki di pejabatnya.

Percintaan kebiasaannya bermula daripada perkenalan sebagai rakan. -Gambar hiasan

Menurut gadis berkenaan, rakannya itu dilihat bersungguh-sungguh mengambil tahu tentang segenap aspek mengenai dirinya.

"Aku rasa beruntung ada rakan sepejabat yang baik macam ni. Kisahnya tadi, aku pergi turun beli makanan dengan kawan aku tu. Kemudian ternampak satu gerai ni jual dim sum, aku secara spontan cakap, sedapnya.

"Tapi sebab fikirkan makanan dah banyak, aku tak jadi beli. Tiba-tiba apabila dah pulang ke pejabat, kawan aku letak dim sum tadi tu atas meja, rupanya dia belikan juga. Siap pesan lagi suruh aku makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Pantai Timur jatuh cinta pandang pertama... Makin ‘cair’ bakal jodoh berani ajak kahwin cepat

ARTIKEL BERKAITAN: Suka bersaing dengan awek sendiri... Dia paling pandai, serba tahu! Wanita kesan perangai buruk BF, ramai halang kahwin

"Berbunga hati ni, A+ untuk dia punya usaha. Bukan kali pertama aku perasan dia ambil berat pasal aku, sebelum ni dia pernah teman aku makan sampai sejam. Kadang tu dia tunggu aku nak balik kerja sama-sama.

"Semoga kawan aku ni dapat girlfriend yang baik," kata gadis itu bersahaja.

Bagaimanapun gadis itu bertegas hubungan mereka hanyalah sebagai kawan sekerja meskipun banyak petanda yang sudah terang lagi bersuluh.

Dulu dekat pejabat saya pun ada seorang lelaki yang baik semacam dengan saya... Alhamdulillah sekarang dah jadi suami.

WARGA MAYA

"Tak ada maknanya dia suka aku. Lagipun hari tu waktu aku punya birthday dia tak ada bagi apa-apa hadiah. Cuma dia ada senyum-senyum dengan aku je. Sudah-sudahlah nak jodohkan kami.

"Jangan sampai kawan aku tu nampak kalian punya gosip dekat sini (laman X). Buat malu aku je nanti. Lagipun layanan kawan aku tu boleh dikatakan sama je dengan orang lain dekat pejabat ni, dia memang sejenis yang peramah.

"Takut kita je sebenarnya yang syok sendiri," kata gadis itu cuba menamatkan spekulasi kisah cinta yang dinukilkan netizen pada hantarannya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat rakan gadis itu sedang memendam perasaan tetapi tidak kesampaian untuk meluahkannya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Tak ada siapa yang sanggup berbuat baik sampai tahap macam tu melainkan sedang ada taman cinta dalam hatinya. Percayalah dia tengah suka kau, cuma dia malu-malu kucing je, apa kata kau mulakan langkah pertama?

"Dulu dekat pejabat saya pun ada seorang lelaki ni yang baik semacam dengan saya, Alhamdulillah sekarang dah jadi suami.

"Lelaki kalau buat baik dengan perempuan mesti ada makna. Selain tu, sebenarnya strategi juga untuk buat baik dengan semua orang agar tak nampak terlalu ketara. Dia sedang cuba kaburi mata-mata yang memandang." ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia