KESUNGGUHAN sekumpulan murid di sebuah sekolah rendah membuat kejutan bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran guru kesayangan mereka menyentuh hati ramai. Walaupun 'kejutan' yang dibuat sudah diketahui lebih awal, namun pendidik bernama Ahmad Faiz Muhammad Nazri itu tetap menuruti permintaan anak didiknya dalam menjayakan misi mereka. Katanya yang mesra dengan panggilan Ustaz Faiz, pada hari kejadian dia terpaksa berpura-pura terkejut demi menghargai usaha anak-anak didiknya. "Mereka tahu hari jadi saya hari ini (Isnin, 20 Mei), sudah ditutup pula (pintu) kelas. Faiz sudah berkhidmat selama empat tahun sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah di Selangor. "Tak apa, kita layankan saja. Kita rakam, tunjuk video ni sebagai kenangan sudah la kan," ujarnya menerusi hantaran di TikTok. Seperti yang dirakamkan guru berusia 25 tahun itu, kelihatan pintu dan tingkap sebuah kelas sudah ditutup dengan rapi. Kemudian pada waktu rehat, salah seorang pelajarnya dengan memakai topeng mata muncul memberitahu kononnya ada pergaduhan di dalam kelas tersebut sehingga ada yang cedera. Walaupun sudah mengetahui ia hanyalah helah, Faiz tetap melayan pelajarnya ini sebagaimana diharapkan mereka. “Mereka nak buat kejutan, tapi semalam dah bagitahu esok ada surprise,” demikian menurut pendidik di sebuah sekolah di Selangor itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hari lahir sumandak Sabah tak menjadi, ramai terlopong tengok ‘art berat’ penjual - “Macam kek Halloween” ARTIKEL BERKAITAN: Wanita teruja dapat kejutan hari jadi, rupanya 'hadiah' daripada pembunuh - “Tiba-tiba terus rebah” Sejurus memasuki kelas tersebut, dia berasa terharu melihat suasana kelas yang siap dihias dengan belon. Malah, Faiz yang sudah berkhidmat selama lebih empat tahun disambut dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi secara beramai-ramai. Dalam video tersebut, Faiz yang mengajar mata pelajaran Tauhid dan Sirah di sekolahnya turut dipakaikan selempang Hari Jadi oleh anak muridnya. "Tengok usaha mereka. Kumpul duit sama-sama beli belon dan topeng. Saya speechless. Semoga pelukan ini juga akan tarik saya ke syurga nanti ya," ujarnya berkongsi momen istimewa tatkala dipeluk sekumpulan pelajar lelaki. Bila anak tu bersungguh, maksudnya cikgu tu sangat memberi makna buat mereka. NETIZEN Bukan itu sahaja, ketua kelas yang dikenali sebagai Uzma turut memberikan sejambak bunga kepada Faiz sebagai hadiah hari jadinya. Tidak terhenti di situ, Faiz kemudiannya berlari ke kelas seterusnya kerana terdapat acara kejutan lain untuknya. Ujar Faiz dia menghargai segala usaha pelajarnya itu dan berharap agar mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupnya. “Terima kasih semua... terima kasih meraikan saya. Saya tak minta pun semua ini tapi bersungguh awak buat untuk saya. Faiz terima dua sambutan hari jadi dari kelas yang berbeza. "Jangan lupa selitkan nama saya dalam setiap doa awak ya,” katanya lagi. Jika diteliti pada ruangan komen, rata-ratanya memuji para pelajar berkenaan yang kelihatan comel apabila bersungguh-sungguh dan ikhlas meraikan guru mereka. "Comelnya! Tukang mengadu pun sudah siap pakai eye mask. "Kenapa saya menangis... sebab saya seorang ibu. Apabila anak tu bersungguh, maksudnya cikgu tu sangat memberi makna buat mereka," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube