suria

Tisu tiada orang beli, budak Rohingya merayu minta makanan... Lelaki tak sampai hati biar kelaparan, terus jemput duduk semeja

Kanak-kanak peminta sedekah dipercayai warga Rohingya kelihatan berlegar di kawasan sekitar ibu kota. -Gambar hiasan

KETIKA dirasakan diri ini hebat diuji, pasti ada insan di luar sana yang lebih besar rintangan hidupnya.

Seperti kata pepatah jauh perjalanan, luas pemandangan kerana banyak yang boleh dipelajari dengan melihat keadaan masyarakat sekeliling.

Begitulah kisahnya melalui satu hantaran di laman X, apabila seorang lelaki berkongsikan pengalamannya menyantuni kanak-kanak warga asing yang kelaparan.

Story on Rohingya children begging at traffic light junction at Klang. FAIHAN GHANI/The Star.*please blur their face.

Kanak-kanak warga Rohingya juga aktif menjual buku-buku agama bagi mendapatkan wang. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia memilih untuk mengutamakan kemanusiaan pada hari kejadian walaupun sedia maklum dengan sindiket peminta sedekah yang sedang berleluasa.

"Masa tu saya tengah makan nasi ayam di sekitar Ampang, Kuala Lumpur. Lepas tu datang budak perempuan warganegara Myanmar, umur 9 tahun begitu. Dia jual tisu dan minta saya beli, katanya perlukan duit nak makan, lapar.

"Saya cakap dekat dia yang saya tak mahu tisu. Lepas tu dia merayu kalau saya boleh belikan dia makanan. Kesian tengok, maka saya pun suruh budak tu duduk dan panggil pelayan kedai untuk ambil pesanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki! Baru 10 minit bagi kucing makan, acik tak dikenali belanja petrol 2 kali... Pemuda segan tapi terpaksa mengalah

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa sedekah, duit RM60 ‘beranak’ selepas belanja aunty sedang lapar! Kesian... Lama tunggu nak order tak ada siapa layan

"Apa-apa yang budak tu nak, saya minta dia order je. Sementara tunggu makanan siap, sempat berborak kejap, rupanya nama dia Aina.

"Apabila makanan sampai, budak tu makan gelojoh macam tiada hari esok, memang makanan itu dia seorang yang punya. Rasa simpati sangat, tak kisah la kalau dia sebahagian daripada sindiket ke apa pun," ujar lelaki berkenaan.

Tambah lelaki itu, terdetik juga di fikirannya untuk menghantar kanak-kanak itu pulang namun terpaksa membatalkan niatnya.

Aku pun pernah bagi seorang budak warga asing ni makan, tapi dia biadab bercakap dengan aku.

WARGA MAYA

"Baru teringat, saya ada keluarkan sejumlah wang yang agak banyak untuk trip syarikat... jadi maaf ya dik.

"Saya tak boleh nak teman dia lama-lama, ada mesyuarat yang saya kena hadir. Saya doakan yang baik-baik untuk dia," kata lelaki itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut tersentuh hati dengan perkongsian kisah tersebut dan menghargai jasa baik lelaki itu.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Berlinangan air mata baca kisah ni walaupun ringkas. Sekecil-kecil kebaikan tapi besar maknanya. Terima kasih orang baik kerana tidak meninggalkan seorang anak kecil kelaparan.

"Aku pun pernah bagi seorang budak warga asing ni makan, tapi dia biadab bercakap dengan aku. Jadi aku terus doakan yang buruk-buruk untuk dia, biar makin sempit rezekinya," kata sebahagian warga maya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain