suria

Majikan baling mercun, aniaya si bulus... Amah Filipina tagih bantuan, foto kucing mati di laman buat ramai geram!

Tiga ekor anak kucing yang diselamatkan daripada terus dianiaya.

KEBIASAANNYA sebagai pencinta kucing, anda pasti akan menghentikan seketika aktiviti yang sedang dilakukan sekiranya ternampak haiwan itu sama ada untuk memberi makanan atau hanya sekadar mengusap dan melihat keletahnya.

Namun ada juga segelintir masyarakat yang memandang si bulus itu sebagai penganggu sehingga ada yang sanggup menganiaya makhluk comel ini.

Menceritakan perkara yang berlaku, pencinta haiwan dikenali sebagai Susan mendedahkan perbualannya bersama seorang pembantu rumah yang tidak dikenali di salah satu laman media sosial miliknya.

Berdasarkan perkongsian itu, pembantu rumah berkenaan bersungguh-sungguh meminta Susan untuk datang mengambil kucing-kucing yang berkeliaran di rumah majikannya di Ampang sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Kebanyakan kucing jalanan kurang mendapat kasih sayang dan makanan yang sihat. -Gambar hiasan

"Saya ada buat pengiklanan pengambilan haiwan di Facebook, tiba-tiba dapat mesej daripada pembantu rumah warga Filipina merayu memerlukan bantuan.

"Dikatakan majikan wanita itu mahu membunuh semua kucing-kucing yang dia bagi makan secara senyap.

"Wanita itu juga beritahu majikannya sudah membuang enam ekor anak kucing dan dia sendiri tidak tahu di manakah tempat pembuangannya," kata Susan.

Namun Susan menjelaskan kepada pembantu rumah itu bahawa dia bukan orang yang tepat untuk mengadu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak buang pun agak-agaklah”- Pemuda bengang! Kucing baru beranak diikat dalam guni sebelum dicampak dalam tong sampah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup pukul, wanita sembur kucing dengan air paip sampai menggigil... Pencinta si bulus jadi baran lepas tilam jadi ‘port’ kencing!

Meskipun hanya berurusan untuk membantu pengambilan haiwan dan bukan penyelamat haiwan, tetapi atas dasar ihsan Sudan masih meneruskan perbualan dengan wanitu terbabit.

Sehinggalah pada 18 Mei lalu, dia menerima sekeping gambar daripada pembantu rumah itu di mana seekor kucing dilihat terbaring kaku di laman rumah.

"Sabtu minggu lalu dia menghantar gambar seekor kucing mati yang didakwa dibunuh majikannya.

Dikatakan majikan wanita itu mahu membunuh semua kucing-kucing yang dia bagi makan secara senyap.

SUSAN

"Dia meminta saya untuk datang selamatkan kucing betina yang sedang bunting dan beberapa ekor anak kucing kerana tuannya tiada di rumah.

"Saya tak dapat pertolongan orang lain pada saat-saat akhir begini, jadi saya sendiri ke Ampang untuk ambil anak kucing itu," katanya.

Jelas Susan, pembantu rumah itu hanya sempat menangkap tiga ekor anak kucing dan dia juga mengadu bahawa majikannya turut membaling mercun ke arah kucing-kucing yang berkeliaran di perkarangan rumah.

komen kucing

Antara perkongsian perbualan Susan dan pembantu rumah itu.

Susulan itu Susan cuba mendapatkan pertolongan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) berdekatan namun hampa.

Difahamkan buat sementara waktu ini anak-anak kucing itu masih di bawah jagaannya sebelum dapat mencari individu yang sanggup mengambil tanggungjawab memelihara si bulus berkenaan.

Menerusi perkongsiannya juga, Susan berkata dia kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab majikan kepada pembantu rumah berkenaan jika benar dia melakukan penganiayaan kepada haiwan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia