BAHTERA rumah tangga seharusnya dikemudi secara bersama dengan suami sebagai nakhoda dan isteri menjadi jurumudi. Tetapi malangnya ada segelintir golongan suami yang bersikap lepas tangan dengan membiarkan hal keluarga diuruskan sepenuhnya si isteri. Begitulah yang dirasai seorang wanita ini apabila suaminya enggan membantu melaksanakan kerja-kerja rumah walaupun sudah ditegur berulang kali. "Suami saya selalu play victim. Sudah bertahun-tahun saya hadap. Apabila saya tegur, nasihat... langsung tak dengar. Balik kerja main telefon, permainan video dan tidur. Seorang suami kantoi menggunakan aplikasi temu janji walaupun sudah mempunyai isteri. -Gambar hiasan "Apabila tak kerja itulah aktiviti dia. Nak tolong saya langsung tak ada. Anak-anak semua saya uruskan. Apabila minta tolong uruskan, dia marah anak-anak. Daripada A hingga Z semua saya yang uruskan. "Setiap kali ada salah faham, dia akan tinggalkan saya dan anak-anak dengan emosi tak stabil. Lepas tu akan ugut saya nak berhenti kerja," ujarnya dalam satu luahan di grup Facebook Kisah Rumah Tangga. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu lagi, masalah melibatkan sikap buruk suami sudah dihadapinya sejak mereka mula hidup bersama enam tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan ’swipe’ Omi, peniaga nasi dagang Terengganu akhirnya jumpa jodoh... Kagum suami berani jumpa keluarga sebelum bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh gadis peniaga cendol, tak sangka lelaki dikenali 4 tahun lalu muncul semula... Kali ini aplikasi Omi jadi pengikat cinta Tambah pengadu, selain berdepan sikap pemalas suami, dia juga memendam perasaan apabila mendakwa lelaki yang disayangi bermain kayu tiga di belakangnya selain aktif menggunakan aplikasi janji temu, Omi. "Password telefon dia tukar sebab sudah banyak kali terkantoi. "Dia ada berhubung dengan perempuan mana entah. Perempuan tu jenis yang macam dalam aplikasi Omi... faham-faham la. Enam tahun sudah saya bersabar dan berdiam... saya tutup aib dia tapi sampai bila nak bersabar. PENGADU "Penat nak hadap benda sama je. Enam tahun sudah saya bersabar dan berdiam. Saya tutup aib dia tapi sampai bila nak bersabar," ujarnya yang kesal dengan sikap suami sendiri. Tambah wanita itu dia terpaksa meluahkan masalah rumah tangganya secara terbuka memandangkan tidak ada tempat mengadu. Susulan hantaran dikongsikan ini, warga maya mula membanjiri ruangan komen dengan pendapat masing-masing. Rata-rata netizen mencadangkan supaya wanita ini membuat keputusan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri berbanding suami. Komen netizen pada hantaran yang dikongsikan. "Berpisah andai itu yang terbaik untuk awak sis. Bahu yang memikul beban adalah sis... kami sekadar bagi pandangan saja. "Kalau rasa sudah tak tertanggung beban, lepaskan je. Jangan sedih, mungkin ini jalan yang terbaik. "Allah itu ada. Allah sudah aturkan jalan hidup sis, jangan sesali dengan apa yang terjadi. Janji ada anak-anak bersama... itu adalah kekuatan dan harta kita," ujar seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube