DEMI mendapatkan keuntungan 'atas angin' dengan cara mudah, ramai yang sanggup melakukan penipuan walaupun dengan cara menunggang agama. Mengambil kesempatan atas sikap rakyat Malaysia yang dermawan, ada pihak yang kononnya mewakili maahad, sekolah tahfiz atau badan bukan kerajaan (NGO) tampil dengan taktik halus iaitu mempengaruhi orang ramai untuk melakukan wakaf al-Quran. Mungkin bukan perkara baharu, namun kegiatan pihak ini yang masih berleluasa mengundang perhatian seorang individu yang mengakui dirinya mudir tahfiz, untuk tampil memberi peringatan agar orang ramai tidak mudah terjerat dengan 'scam' wakaf al-Quran. Ramai yang tergamak menipu dan 'menjual' nama pusat tahfiz atau maahad demi keuntungan sendiri. -Gambar hiasan "Sebagai mudir tahfiz, saya nak beritahu, sekolah tahfiz tak perlu al-Quran wakaf. Jika ada syarikat menjualnya untuk wakaf di tahfiz, itu lebih kepada nak cari keuntungan. "Jadi hentikanlah beli al-Quran dari NGO atau syarikat tertentu, wakaf untuk tahfiz. Pelajar tak guna pun," kata individu tersebut. Pandangannya turut disokong oleh seorang lagi individu yang merupakan seorang pensyarah di institusi pengajian tinggi awam tempatan, Dr Muhammad Lukman Ibrahim. ARTIKEL BERKAITAN: Guru pelik masyarakat kini ‘prihatin menonong’! Kawan sendiri pun sama, dapat mesej random terus bagi derma - “Teruslah... cuma prinsip aku jelas” ARTIKEL BERKAITAN: Berlagak alim tapi culas bayar sewa, siap guna hadis enggan keluar rumah... “Aku benci tunggang agama untuk tutup kesalahan” "Pelajar tahfiz hakikatnya hanya perlukan satu al-Quran sahaja sepanjang usia tahfiznya. Itulah yang mereka gunakan selagi tidak rosak. "Bahkan kekal satu mushaf itulah kaedah terbaik untuk kekuatan ingatannya. "Jadi memang tiada tuntutan untuk berwakaf mushaf melainkan dipastikan memang benar-benar perlu. "Bahkan tiada keperluan untuk wakaf mushaf di masjid-masjid yang kebanyakannya mempunyai ratusan mushaf yang tersimpan elok tanpa disentuh dibaca," ujarnya. Pernah orang datang minta derma wakaf, tapi harga lebih RM300. Apahal mahal sangat. NETIZEN Tambahnya lagi, tidak nafikan bahawa wakaf mushaf mendapat pahala, namun harus dipastikan ia memang akan digunakan dan termasuk amal jariah. "Jadi harus berhati-hati tentang wakaf al-Quran. Semoga ia tidak digunakan oleh pihak yang berkepentingan," katanya. Perkara tersebut mengundang perhatian warga maya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah didekati pihak tertentu dan 'memaksa' mereka untuk melakukan wakaf al-Quran. Netizen turut berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing mengenai kegiatan penipuan tersebut. "Pernah orang datang minta derma wakaf, tapi harga lebih RM300. Apahal mahal sangat. Saya beli al-Quran untuk anak mengaji pun RM50 je. "Dekat mall siap orang tu tarik tangan kita. Kita ada cara kita untuk bantu anak-anak tahfiz. "Saya pernah kena... last sekali dia cakap sedekah dekat syarikat dia, nanti syarikat akan cetak," demikian antara komen netizen. Justeru, ramai netizen turut menggesa pihak berwajib agar menangani kegiatan berkenaan kerana dikhuatiri ia didalangi pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube