TREND perkhidmatan menyewa 'kekasih' nampaknya tidak berkesudahan apabila masih ada segelintir individu menawarkan servis sebagai peneman di kala kesunyian. Sama ada teman lelaki atau teman wanita sewaan, mereka sanggup melakukannya demi mencari pendapatan sampingan, lebih-lebih lagi ia memberikan hasil yang lumayan! Di sebalik perkhidmatan yang ditawarkan, seorang gadis berkongsi pengalaman hitamnya yang nyaris dirogol pelanggan dalam satu pertemuan. Seorang gadis menawarkan servis 'teman wanita upahan'. -Gambar hiasan Dia mendakwa servis yang ditawarkannya adalah 'clean date', iaitu teman wanita upahan untuk keluar bersama tanpa sebarang aktiviti yang melampui batas. "Seseorang bawa I keluar untuk servis 'clean date'. Pada masa sama, saya terlupa nak cas telefon dan (bateri) cuma tinggal sembilan peratus je. "Lelaki ni jemput I untuk sewa girlfriend. Dia cakap bawa pergi makan, jalan-jalan atau ke Genting Highlands," kongsinya menerusi satu hantaran di laman X. Tanpa mendedahkan jumlah bayaran yang dikenakan untuk servis tersebut, gadis itu meminta pemuda berkenaan supaya membawa pengecas telefon untuk digunakannya. "Dia sampai bateri telefon I tinggal empat peratus je. Kemudian dia bawa I untuk pandu lalu di sebuah restoran dan terus pergi ke rumah dia. "Sebab pergi ke rumah dia sebab dia tak bawa kabel (pengecas telefon), dan boleh cas telefon di rumah dia," ujarnya lagi. Gangguan seksual tidak mengenal mangsa, dan boleh berlaku di mana-mana. -Gambar hiasan Setibanya di rumah pelanggan terbabit di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, gadis itu terkejut melihat keadaan bilik tidur yang bukan sahaja kotor, malah berbau. "I masuk bilik dia, bersepah dan busuk macam tong sampah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kerja senang, ‘gaji’ tinggi! Pelajar raih 50K, hidup mewah selepas tawar servis jadi ‘BF online’ - “Di kolej saya ramai peminat” ARTIKEL BERKAITAN: Guru bercinta dengan pelajar siap meraba dalam kelas, pengetua enggan percaya laporan... Beri alasan ‘bini dia jauh lagi lawa’ Ketika mengecas telefon bimbitnya, dia bagaimanapun terkejut apabila pemuda itu secara tiba-tiba cuba melakukan serangan seksual ke atas dirinya. "Pada mulanya dia peluk-peluk je. Tiba-tiba dia bogel. I siap gigit dia kuat-kuat, kemudian dia naik atas I," katanya sambil menambah lelaki itu bertindak keterlaluan dengan cuba membuka seluarnya. Gadis itu bagaimanapun cuba menolaknya dengan sekuat-kuat hati dan terus bangun untuk keluar rumah sebelum lelaki itu menawarkan untuk menghantarnya pulang. Tangkap layar video keadaan bilik pelanggan lelaki yang dikongsi mangsa. Malangnya tidak cukup sekadar itu, gadis berkenaan mendakwa dia 'diserang' sekali lagi ketika berada dalam kereta, dipercayai berlaku di parkir bertingkat. "Dia cuba nasib dalam kereta. Kali kedua dia cuba rogol I. Mujur, pintu kereta tak berkunci, I terus buka dan lari tinggalkan barang-barang I. "I hanya bawa telefon dan dompet masa tu. Barang-barang lain yang tertinggal seperti barang mekap. Tudung I tercabut sewaktu dia cuba rogol I. "I lari dekat semua pintu tetapi berkunci, jadi I lari sambil sorok turun ke bawah," katanya yang mengimbas kembali detik mencemaskan itu. Duit boleh cari, maruah diri sekali kena rembat tak boleh cari. NETIZEN Jelasnya lagi, dia kemudian bertemu dengan orang awam yang membantunya membuka pintu dan menemaninya untuk turun ke aras bawah. Dalam keadaan tangan menggeletar, dia menempah servis e-hailing untuk beredar dari kawasan situ. "Pengalaman buruk, dan sekarang I dekat hotel. Selamat di sini," luahnya tanpa menjelaskan sama ada sudah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut atau belum. Seorang gadis tidak dapat menahan kesedihannya. -Gambar hiasan Di ruangan ciapan balas, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialami gadis itu, dan pada masa sama segelintirnya turut menegurnya mengenai risiko menawarkan servis 'kekasih sewaan'. "Pengajaran dari benda ni apa? Jangan nak sewa diri tu jadi girlfriend. Satu hari hanya disebabkan duit... duit boleh cari, maruah diri sekali kena 'rembat' tak boleh cari, sama juga dengan nyawa, sekali kena cekik tak kembali dah. "Clean date? Pay and clean. Come on. Konsep sama macam call girl, tapi lelaki tu lega walau keluar duit. Dik, banyak lagi kerja lain dalam Malaysia ni. Daripada bayar untuk clean date, for nothing. Berbeza dengan lelaki itu yang mahukan 'sesuatu'. Benda dah bayar. "Takutnya! I baru dok fikir-fikir nak cuba buat girlfriend untuk disewa. Okay la tak jadi. Saya harap kamu baik-baik saja. Dah bertenang nanti pergi buat laporan polis ye," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube