suria

Wanita Indonesia bagi rating 2/100 servis hospital kerajaan, serba-serbi tak kena! Pergi tandas pun kena jalan sendiri

Perkongsian seorang wanita Indonesia mengenai pengalaman bersalin di Hospital Pulau Pinang menjadi tular. -Gambar hiasan (kiri).

GARA-GARA lantang melontarkan kritikan terhadap layanan dan fasiliti Hospital Pulau Pinang, seorang wanita warga Indonesia teruk menerima kecaman netizen negara ini.

Warga maya menyifatkan wanita yang hanya dikenali sebagai Nadia itu seperti 'diberi betis, minta paha' kerana mengharapkan layanan istimewa daripada kakitangan hospital awam itu.

Ia bermula apabila wanita tersebut berkongsi pengalaman bersalin di hospital berkenaan dalam laman sosial, dengan memberi penilaian yang teruk terhadap fasiliti dan layanan yang diterimanya.

"Pengalaman bersalin caesarean di Hospital Pulau Pinang... 2 daripada 100.

"Untuk pertama kalinya berjalan setelah enam jam operate caesarean, sangat tidak bisa dijelaskan dengan kata-kata.

"Semuanya tetap diri sendiri berusaha untuk jalan ke tandas yang jauh. Ditemani? Oh tentu tidak," kongsinya dalam video yang dimuat naik di TikTok.

bersalin 2

Wanita tersebut memberi penilaian teruk untuk fasiliti dan layanan di hospital berkenaan.

Wanita tersebut juga mendakwa, sepanjang empat hari ditahan di wad hospital berkenaan, dia langsung tidak dibantu untuk membersihkan diri.

"Empat hari di hospital... aku rasa keluar aku bakal gila. Tak mandi, baby empat hari tak mandi. Tidur tak boleh, bising!

"Nurse yang jaga time tu memang tak tahu nak kata mereka itu manusia atau bukan," dakwanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bergelut nak bersalin, suami abai amaran pak guard tetap park di zon larangan... Selesai urusan terkejut tengok keadaan kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Geli isteri ada diabetes lepas bersalin, suami mahu cerai! Tak teman pergi ‘check-up’, tuduh berpenyakit sebab kuat makan

Dalam video yang sama, wanita itu turut memberi penilaian yang sangat rendah untuk beberapa aspek lain seperti fasiliti bilik, tandas, layanan jururawat, layanan doktor dan makanan.

Justeru, dia mengingatkan bakal ibu agar membuat persediaan kewangan yang secukupnya untuk mendapatkan rawatan bersalin yang memuaskan hati.

Banyak gila complaint dia. Feeling gila, nak dimanja pergilah swasta.

NETIZEN

"Boleh prepare kumpul duit awal-awal, pergi ke tempat di mana mental kamu tenang, jiwa kamu tenang, dilayani. Tak mengapa keluar duit lebih.

"Kumpul daripada sekarang untuk persiapan bersalin. Ini pengalaman pertama dan terakhir aku," kongsinya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan menjadi tular bukan sahaja di TikTok, malah merebak ke platform X.

Ia menyaksikan rata-rata warga maya melontarkan kecaman dengan menyifatkan wanita berkenaan bersikap biadab kerana menghina sektor perubatan awam negara.

komen 1

Warga maya melontarkan kecaman terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Banyak gila complaint dia. Feeling gila, nak dimanja pergilah swasta. Also makin ramai rakyat sana datang sini untuk pergi hospital je.

"Bayangkan kalau dia bersalin dekat negara dia. Jadi, untuk dia dapat menikmati keistimewaan sebagai warganegara, dia patut bersyukur. Saya akui kemudahan dan kualiti boleh dipertingkatkan. Tapi untuk hina seperti ini, memang melampau.

"Wow.. bayar harga government tapi nak layanan Prince Court. Ada pengalaman di beberapa hospital kerajaan, semua bagus-bagus sekarang tak macam dulu.

"Report imigresen, biar kena tahan atau tak lulus nak buat PR nanti. Orang tak reti bersyukur," demikian antara komen netizen.

Menerusi carian mStar, akaun TikTok milik wanita berkenaan sudah diletakkan dalam mode privasi selepas dia menerima kecaman hebat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain