suria

Batal bulan madu pergi outstation, kerja hujung minggu... Staf kesal jadi hamba syarikat, bos sikit pun tak pandang pengorbanan

Pekerja pasti kecewa jika pengorbanan mereka tidak dihargai majikan. -Gambar hiasan

RAMAI golongan muda hari ini mementingkan keseimbangan antara kehidupan peribadi dan kerjaya.

Pada pandangan Gen Z, kesihatan mental adalah penting dan seseorang itu tidak patut menjadi hamba syarikat.

Di platform X, seorang individu mengimbas kisah tentang dirinya yang sanggup melakukan apa saja untuk syarikat sehingga terpaksa mengorbankan kehidupan peribadinya.

Coworkers discussing in meeting room at the office

Penghargaan daripada majikan boleh menaikkan semangat pekerja. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian itu, dia yang dikenali sebagai Azwan mendakwa pernah diminta untuk membatalkan rancangan bulan madu demi tugasan kerja.

"Aku pernah kerja hari raya dan Krismas. Skip buka puasa demi kerja. Bos suruh batalkan bulan madu untuk pergi outstation. Masa tu baru kahwin beberapa hari.

"Rutin datang pejabat pukul 7 pagi hari minggu untuk kerja, track record setahun satu atau dua kali je cuti sakit (MC)," ujarnya.

Jaga projek billion-billion, kerja di luar skop, aku tak dapat apa-apa akhirnya. Tiada bonus.

AZWAN

Menerusi keterangan pada akaun X, dia bekerja sebagai jurutera data raya.

Menurut pemuda itu lagi, dia juga pernah ditugaskan untuk menjaga projek dengan nilai berbilion ringgit.

Malah, dia juga pernah melakukan tugas-tugas di luar skop kerjanya namun segala pengorbanan itu tidak membawa kebaikan malah tidak dihargai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon kerja tapi suka hati tak hadir hari temuduga... Tak maklumkan satu hal, call tak jawab! Wanita persoal sikap budak zaman sekarang

"Jaga projek billion-billion, kerja di luar skop, aku tak dapat apa-apa akhirnya. Tiada bonus. Kenaikan (gaji) yang rendah. Tiada pengiktirafan kecuali dapat botol tumbler. Tiada sesiapa patut melalui hal itu. Hidup kamu lebih penting.

"Betullah kadang-kadang kena jawab panggilan atau balas emel sikit, tapi jangan korbankan hidup. Letak had. Boleh murung kalau ingat balik. Aku padam semua gambar lama sebab nak move on," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai turut berkongsi pengalaman mereka yang seolah-olah tidak dihargai majikan sendiri.

work 3

Ada pekerja mengalami tekanan kerana bayaran yang diterima tidak setimpal dengan bebanan kerja yang ditanggung. -Gambar hiasan

"Aku pernah dapat MC tapi bos masih suruh masuk pejabat siapkan laporan untuk dihantar kepada pelanggan.

"Jangan biasakan kerja lebih waktu atau hujung minggu. Syarikat jaga ke bila kau sakit? Tidak.

"Nak tambah. Lepas dah bekorban semua tu, buat satu mistake, hilang semua kebaikan dan contribution tu. Orang lupa dah," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain