PELBAGAI fenomena melibatkan flora dan fauna dapat diperhatikan ketika kita berada dekat dengan alam semula jadi. Perkara ini pastinya menarik perhatian, khususnya bagi mereka yang sudah terbiasa dengan kehidupan di ibu kota dikelilingi hutan konkrit. Melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa terkejut apabila melihat beberapa pokok nipah terapung di tengah sungai, membentuk seakan-akan pulau kecil. Pokok nipah yang menggerunkan ramai. Ia juga diperhatikan 'belayar' dibawa arus tanpa diketahui ke mana arah tujuannya. "Kali pertama nampak pokok nipah terkumpul macam ni. Dah macam rupa pulau yang mengapung, siap boleh bergerak di tengah sungai. "Kenapa agaknya jadi macam ni? Pelik betul kejadian," ujar lelaki berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan panik dalam lif, butang ke tingkat 10 hilang! Pelik masuk flat hanya boleh akses ke lantai ganjil ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang rakam limpahan cahaya gemerlapan dari atas ruang udara Vietnam, lebih terang daripada pusat bandar Menjengah ke ruangan ciapan balas, segelintir pelayar yang sudah terbiasa dengan suasana desa tampil menjelaskan tentang fenomena terbabit. "Ini adalah tebing sungai yang hanyut oleh hakisan air, maksudnya tanah sekali dengan pokok nipah tu terkeluar ke tengah sungai. Satu pemandangan biasa di kawasan sungai yang ada banyak pokok nipah. "Dekat kampung aku pun selalu nampak benda macam ni, kalau nak tahu pokok nipah ni adalah sejenis tumbuhan yang senang terapung. Apabila mereka dah gugur atau hanyut, itu yang bergumpal jadi macam ni. Sebenarnya ada kura-kura gergasi tengah bersembunyi dekat bawah tu, pokok nipah ni macam penyamaran mereka. Hati-hati ye. WARGA MAYA "Kaki pancing sangat takut kalau nampak 'pulau' pokok nipah ni. Ia bergerak laju kalau arus deras, pemancing akan cepat parking bot dekat tepi takut kena sodok. Komuniti kami panggil ni 'lori balak'. "Orang kampung pun suka berjenaka, nipah hanyut lagi laju daripada kau berenang," kata sebahagian warga maya. Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang cuba berteka-teki tentang kisah legenda melibatkan pokok nipah. Warga maya membuat pebagai andaian tentang kehadiran pokok nipah terbabit. "Sebenarnya ada kura-kura gergasi tengah bersembunyi dekat bawah tu, pokok nipah ni macam penyamaran mereka. Hati-hati ye. Boleh jadi juga Godzilla? "Entah-entah kapal selam dari negara musuh tengah nak menyusup masuk ke dalam Malaysia... seram! "Mungkin ada harta karun dalam tu dan pokok nipah ni macam pintu ke alam lain," kata sebahagian pelayar berjenaka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube