INSTITUSI keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kerana ia mempengaruhi sahsiah serta pemikiran seseorang. Malah jika dilihat daripada data mahupun laporan berita, boleh dikatakan kebanyakan kes keciciran atau masalah disiplin adalah mereka yang dibesarkan dalam keluarga berpecah-belah. Situasi itu sedikit sebanyak membuatkan mereka terbawa-bawa ke alam dewasa sehingga mempunyai corak pemikiran yang tidak sepatutnya, sebagaimana kisah dikongsikan seorang gadis. Menurut gadis yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia mengakui enggan berumah tangga kerana perkahwinan ibu bapanya sebelum ini menemui kegagalan. Kisah silam yang dilalui seseorang cenderung membuatkan dirinya trauma. -Gambar hiasan "Baru start karier. Membesar dalam keluarga miskin dan berpecah-belah. Jadi apabila dah start karier ni aku plan tak nak kahwin langsung sebab nak fokus karier dan mak aku," luah gadis berusia dalam lingkungan 20an itu di laman X. Malah tambah gadis tersebut, dia terfikir mahu melakukan satu keputusan yang drastik untuk mengelakkannya daripada berkahwin kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengaku trauma, ada sejarah hitam dinoda ahli keluarga masa kecil! Budak baru lepas sunat pun nak diraba ARTIKEL BERKAITAN: Masakan terlebih masin, bapa herdik siap ludah dalam lauk... Gadis trauma dipaksa telan 3 sudu garam "Lagipun aku ada adik kecil lagi. Berbaloi ke kalau aku nak buang rahim? Aku nak elak daripada kahwin, atau aku akan menyesal (nanti)," kongsinya lagi. Luahan gadis berkenaan mengundang perhatian warga maya malah rata-ratanya menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan berkenaan kerana 'kurang cerdik'. Jangan buat benda bodoh yang boleh buat you menyesal satu hari nanti. NETIZEN "Parah dik kalau nak buang rahim tu. If kita nak membujang sampai ke tua sekali pun, rahim tu tak ganggu kehidupan seharian kita pun. "Allah melarang memudaratkan diri sendiri. Tak perlu buang rahim kalau sihat. Orang lain buang rahim sebab ada penyakit. Ini anon buang rahim sebab tak nak kahwin adalah mengarut," komen netizen. Malah mereka berpendapat, keputusan yang didasari ilmu yang cetek hanya akan membuatkan gadis berkenaan menyesal di kemudian hari. Netizen menasihatkan wanita berkenaan untuk mempertimbangkan keputusannya. "Jangan buat benda bodoh yang boleh buat you menyesal satu hari nanti. Nanti apabila dah buang, dah stable... tiba-tiba nak kahwin, tiba-tiba nak ada anak. Cuba fikir menggunakan akal bukan lutut. "Nanti dapat sakit, kanser ke apa sampai terpaksa buang rahim, masa tu baru menyesal. Tak nak kahwin, tak payah kahwinlah. Apa pasal sampai nak buang rahim. Hairanlah orang sekarang," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube