suria

Siswi tak kisah jadi ATM kekasih, konon GF terpaling memahami... Dedah pakwe belum bayar RM6,000 tapi yakin si dia setia

Ada segelintir individu sanggup berhabis wang demi kekasih. -Gambar hiasan

FASA bercinta sememangnya semua kelihatan indah belaka.

Walaupun terserlah keburukan atau kelemahan pasangan, namun demi sayang, segala-galanya diletak tepi asalkan si dia sentiasa berada di sisi.

Begitu juga dengan situasi yang dialami gadis ini yang mana dia sanggup mengenepikan keperluan diri sendiri untuk membantu teman lelaki yang sering mempunyai masalah kewangan.

"Boyfriend 24 tahun, dah bekerja. Selalu bagi dia pinjam duit kalau susah sebab nak jadi understanding girlfriend.

"Plus, dia janji nak bayar cepat," kongsinya dalam satu hantaran di laman X.

PIC 1

Tidak dinafikan ramai yang sanggup berkorban kerana terlalu menyayangi kekasih. -Gambar hiasan

Malah gadis yang mengakui masih bergelar pelajar itu mendedahkan, sehingga kini teman lelakinya masih belum melunaskan hutang pinjaman wang kepadanya yang berjumlah sekitar RM6,000.

Mengakui ada kalanya dia sendiri tertanya-tanya sama ada tindakannya itu kurang cerdik pada pandangan orang lain, namun ujarnya, dia tidak kisah berkorban kerana meyakini lelaki tersebut seorang yang setia.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kena marah tumpangkan 2 rakan kolej jalan kaki tengah hujan! Pakwe label baik tak bertempat, langsung tak kagum

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin, wanita terima pinangan laki lain... Tinggal pakwe sehari sebelum nikah, kini gila bayang teringat ex-BF

"Dia selalu ada dan setia, cuma financially tak stabil," luahnya lagi.

Perkongsian gadis tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Bercinta pun dah nampak tak mampu. Nak tunggu kahwin, mampus makan pasir mu dengan anak.

NETIZEN

Ada di antara mereka menyifatkan gadis berkenaan bodoh kerana tidak menyedari dirinya sedang dipergunakan oleh teman lelaki.

"Setia sebab duit. Cuba hang (awak) tak ada duit. Setia kelaut anon. Jangan jadi bodohlah anon. Cepat sikit sedar sebelum jadi RM10,000.

"Orang kata cinta itu buta. Tapi cinta anon macam bodoh, bukan buta.

"Macam terbalik je, sepatutnya anon la yang kikis duit dia sebab dia dah kerja," komen netizen.

KOMEN 1

Sebahagian daripada komen netizen yang memberi nasihat kepada gadis berkenaan.

Sementara itu, sebahagian netizen lain mencadangkan supaya gadis berkenaan memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana lelaki tersebut sudah menunjukkan ciri 'red flag'.

"Bercinta pun dah nampak tak mampu. Nak tunggu kahwin, mampus makan pasir mu dengan anak.

"Stop immediately, suruh dia bayar sebelum apa-apa. Kalau anon tak bagi hutang sampai RM6,000 dia mati ke?

"Kalau sebelum nikah pun dah macam ni, dah nikah esok tak tahulah macam mana," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain