BENARLAH firasat seorang isteri selalu tepat, lebih-lebih lagi dalam menghidu sesuatu yang 'aneh' melibatkan pasangannya. Demikian juga kisah dikongsikan oleh seorang wanita mengenai suaminya yang kantoi melakukan perbuatan tidak senonoh dalam diam. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, segala-galanya terbongkar selepas dia terdetik mahu memeriksa telefon bimbit milik suaminya. "Saya dan suami dah kahwin hampir tiga tahun dan mempunyai seorang anak yang berumur 11 bulan. Saya ni suri rumah sepenuh masa. "Kisahnya macam ni. Saya ni jaranglah nak check phone suami tapi hari ni saya terdetik hati untuk check galeri. "First saya buka dulu yang bahagian dipadam. Saya terkejut suami saya tengah setting phone untuk merakam," kongsinya. Isu perebutan hak jagaan anak lazim berlaku bagi pasangan yang berpisah. -Gambar hiasan Berasa tidak sedap hati, wanita berkenaan cuba menyelongkar simpanan video-video yang cuba dirakam oleh suaminya. Namun apa yang ditemui di bahagian dalam galeri telefon bimbit suaminya nyata mengejutkan dan membuatkan tubuhnya menggigil. ARTIKEL BERKAITAN: Suami menggeletar jumpa video seks isteri, dalam diam sakan layan nafsu dengan rakan sekerja! ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat hal lepas 10 tahun kahwin, kata pergi reunion tapi ke parti seks berbayar... Anak, bini ditinggalkan di hotel "Rupanya dia cuba merakam adik saya bila tengah mandi. Lepas tu bila saya check bahagian yang tak dipadam, rupanya ada nampak adik saya tengah mandi. Adik perempuan saya duduk sekali dengan kami sebab dia kerja sini. "Saya jadi menggigil satu badan... rasa nak marah. Saya tengok tarikh dia buat tu start bulan April. Maknanya masih baru lagi dia buat benda ni," ujarnya. Tambah wanita tersebut, perbuatan suaminya itu sangat tidak mampu untuk diterima dan dia kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau berpisah. Gila suami macam tu! Bini sendiri ada, record adik pula lepaskan nafsu! NETIZEN "Perlukah saya bagi peluang kedua atau minta cerai. Saya tak boleh terima dia buat macam tu dekat saya dan adik saya. "Tapi kalau bercerai, kemungkinan anak akan dapat dekat suami atau saya? Sebabnya saya ni tak bekerja, saya takut anak dapat dekat dia," luahnya memohon pandangan warga maya. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan wanita berkenaan agar mengambil tindakan untuk berpisah kerana suaminya jelas tidak berakhlak. Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Gila suami macam tu! Bini sendiri ada, record adik pula lepaskan nafsu! "Dah rakam tak mustahil ada niat lebih daripada itu. "Pergi je buat report polis. Akhlak suami tak sesuai jaga anak. Jadi tuntut nafkah anak. Insya-Allah akan ada jalan," komen netizen. Dalam pada itu, segelintir netizen turut menasihatkan wanita berkenaan dan pasangan lain agar mengelakkan adik-beradik atau saudara mara tinggal di bawah satu bumbung kerana dikhuatiri berlaku pelbagai masalah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube