suria

Dahsyat gangguan lelaki nafsu songsang! Kuat mendesak, hantar foto tak senonoh... Jurulatih kecergasan tukar kerjaya

Coach Yoi berkata dia kerap menerima gangguan daripada lelaki bernafsu songsang.

BEKAS jurulatih kecergasan, Coach Yoi tular di TikTok selepas membuat pendedahan tentang punca utama dia meninggalkan kerjayanya.

Menurut Coach Yoi, dia terpaksa meninggalkan kerjaya yang diceburi sejak 2018 kerana tidak tahan menerima gangguan daripada lelaki bernafsu songsang.

"Saya sebenarnya dah berhenti kerja ini pada Januari tahun lepas. Tapi baru sekarang saya buat video pendedahan untuk kongsi pengalaman.

coach 1

Coach Yoi banyak berkongsi ilmu kecergasan di TikTok.

"Ada jurulatih lain tak kena ganggu, nasib masing-masing tak sama. Saya pula bernasib malang, dapat client yang bukan-bukan," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut tentang gangguan yang diterima, dia yang berusia 30-an mengakui pernah diajak untuk melakukan hubungan terlarang.

Antara lain, Coach Yoi berkata dia juga pernah menerima kiriman foto lucah daripada kaum lelaki.

Yang hantar video dan gambar bukan-bukan pun ada. Tapi saya tak jahat untuk tularkan mereka.

COACH YOI

"Tak tahulah aura saya macam mana? 100 peratus gangguan datang daripada lelaki. Bila saya buat freelance, saya ke kondominium untuk latih client.

"Tapi ada yang ajak masuk rumah, ada yang ajak pergi hotel. Ada yang ajak tidur. Jadi saya terus minta maaf dan cakap saya tak boleh teruskan. Saya cakap baik-baik dan terus balik.

"Saya juga jelaskan yang saya bukan gay, saya cuma buat kerja untuk bantu orang. Yang hantar video dan gambar bukan-bukan pun ada. Tapi saya tak jahat untuk tularkan mereka," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak kisah bersuamikan lelaki nafsu songsang, tetap ‘bersama’ tapi ada syarat - “Aku tahu dia gay sejak awal lagi”

Menurut Coach Yoi lagi, dia juga tidak merancang untuk membuat laporan polis atas gangguan yang diterima, sebaliknya memilih untuk mengabaikannya sahaja.

Dalam pada itu, Coach Yoi yang telah mendirikan rumah tangga mendedahkan dia kini lebih tenang selepas beralih ke bidang bisnes dan berkongsi ilmu secara maya sahaja.

"Sekarang saya buat bisnes, saya supply suplemen. Saya juga fokus buat konten di TikTok dan mengajar kecergasan secara dalam talian.

"Buat masa sekarang saya dah tak buat kelas face to face. Kalau ada jemputan pun saya tolak. Saya juga tiada perancangan untuk buat comeback," ujarnya yang menetap di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

coach 2

Video penjelasan yang tular di TikTok.

Akhir bicara, Coach Yoi turut memberi pesanan kepada golongan bernafsu songsang agar menghormati pendirian orang lain dan mengikut ajaran sebenar agama Islam.

"Pesanan saya, kembalilah kepada agama, berpegang pada agama. Hidup ini sementara, bukannya lama. Jadilah manusia yang bermanfaat, jangan jadi hamba nafsu.

"Ramai juga yang kecam selepas saya buat video pendedahan itu. Saya tak kisah. Mereka boleh cakap apa saja. Kata-kata mereka tak buat saya miskin atau kaya," ujarnya lagi.

Untuk rekod, video pendedahan Coach Yoi tentang gangguan yang dialaminya menerima lebih 15,000 tontonan dan turut ditularkan oleh netizen di platform X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain