suria

Rakyat Malaysia dianggap susah berubah, tempat bersih akan ‘dikotorkan’... Maklumlah ada pekerja cuci, kutip sampah

Sakit mata melihat sampah sarap dibuang merata-rata di kawasan rekreasi.

TIADA guna sekiranya negara disegani di mata dunia, tetapi minda rakyat masih di takuk lama.

Antara isu berkaitan sikap dan tabiat yang masih sukar diubah oleh rakyat Malaysia adalah pembuangan sampah di merata tempat sehingga mengotorkan persekitaran.

Seorang lelaki mengadu sakit mata apabila terpaksa melihat sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang, yang kotor disebabkan perbuatan manusia.

Kawasan R&R terjejas gara-gara sikap sambil lewa pengunjung.

Menerusi video itu, kelihatan keadaan di bahu jalan sebuah lebuh raya dipenuhi sampah sarap.

Antara sampah yang dapat dikenal pasti adalah botol plastik dan bekas makanan yang dibiarkan berlonggok di dalam longkang dan di atas rumput.

Individu berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab apabila melibatkan kebersihan alam sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas puas ‘healing’ tinggal sampah! Penduduk tepi sungai penat hadap pengunjung pengotor, lampin bayi pun ada

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu lama termenung depan tong sampah, segan nak buang lampin pakai buang anak... Rela bungkus bawa balik

“Dah berseronok di sini ramai-ramai, healing dan makan-makan, lepas tu sampah tinggal. Kenapa macam ni? Saya tak faham betul la! Penuh sampah satu kawasan ni.

“Saya mohon sangat kerjasama, lepas makan bawalah sampah-sampah ni semua. Kalau tak ada tong sampah, bawa masuk sampah tu ke dalam kereta sampai jumpa tong sampah.

“Jagalah kebersihan, walaupun di sini tempat awam, kita kena jaga. Buat tempat ni macam rumah sendiri, tapi tak tahu la kalau rumah kalian macam tongkang pecah,” tambahnya.

Harap insiden ni dapat menerapkan budaya membuang sampah dengan betul, iaitu ke dalam tong sampah.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata perbuatan membuang sampah dengan sewenang-wenangnya sudah sebati dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Ramai saya tengok selalu buat macam ni. Nak tegur, tapi takut kita kena balik.

Sebahagian komen warga maya.

“Tak tahu nak kata macam mana lagi, memang pemikiran orang kita ketinggalan zaman.

“Sikap orang kita, mereka ingat ada pihak yang tolong bersihkan, jadi mereka buang sesuka hati.

"Harap insiden ni dapat diambil sebagai pengajaran serta menerapkan budaya membuang sampah dengan betul, iaitu ke dalam tong sampah," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain