suria

Sebak tengok budak kelas tercorot ambil slip keputusan SPM, gempak daripada dijangka!

Video pelajar itu mengambil keputusan SPM tular di TikTok.

PELAJAR kelas belakang sering dikaitkan dengan sikap malas,kurang bijak atau tidak minat dalam bidang akademik.

Namun, seorang pelajar lelaki membuktikan sebaliknya apabila dia meraih keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membanggakan pada Isnin.

Video memaparkan pelajar itu yang tersenyum gembira selepas menerima keputusan SPM dikongsi menerusi akaun TikTok Cikgu Nayli.

spm2

Ramai netizen di TikTok turut mengucapkan tahniah kepada pelajar itu.

Dia turut dikerumuni beberapa rakan sebelum bangun memeluk seorang wanita, dipercayai ibunya.

"Tahniah @Jankebukan_ result gempak daripada yang dijangka. Moga maju jaya akan datang," tulis guru itu pada kapsyen.

Menerusi keterangan pada video, Cikgu Nayli berkata pelajar dari kelas corot juga berpeluang untuk berjaya jika mereka rajin berusaha.

Apa yang orang luar kata tidak akan menentukan masa depan kita.

CIKGU NAYLI

"Budak kelas belakang biasanya result teruk (pandangan ramai). Kelas mana pun tetap ada peluang untuk dapatkan keputusan cemerlang

"Apa yang orang luar kata tidak akan menentukan masa depan kita. Tapi diri kita yang perlu usaha untuk berjaya," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah buat pelajar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa minta ‘kejar A’, anak pergi kubur arwah sebut setiap keputusan SPM sambil nangis - “Kak Chik tahu 9A pun mesti ayah bangga”

ARTIKEL BERKAITAN: Tatabahasa ‘ke laut’, email pelajar Tingkatan 5 rayu KPM awalkan keputusan SPM tersebar... Bagi alasan nak lepas rindu dengan senior

"Mereka ambil keputusan, aku yang mengalir air mata.

"Teringat masa SPM dulu kita tak pernah lulus, tapi SPM dapat B sebab usaha cikgu yang ikhlas

"Tahniah, kejayaan tak pernah mengkhianati usaha," tulis beberapa netizen.

Video tular pelajar itu menerima lebih 70,000 tontonan di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain