GEMPAR pededahan di laman X pada minggu lalu mendakwa seorang penjawat awam memikul hutang yang banyak sehingga gaji bersihnya hanya tinggal tiga angka. Terbaharu seorang pelayar mengupas teori bahawa penjawat awam berkemungkinan didesak ke dalam situasi sedemikian kerana produk pinjaman dipasarkan kepada mereka secara agresif. Antaranya promosi oleh jurujual di pusat beli-belah yang seolah-olah memaksa, sehingga seseorang itu berasa serba salah untuk menolak tawaran yang dikemukakan. Hutang yang tidak terkawal akan kembali membelenggu di kemudian hari. -Gambar hiasan Menerusi ciapan yang tular di laman X itu, wanita berkenaan turut memberikan cara atau tip untuk menolak promosi jurujual dengan sopan. "Ada nampak luahan seseorang ni, dia cakap dia ambil hutang banyak sebab dia tak pandai menolak tawaran jurujual. Kalau fikir balik, biar betul kan? "Tapi sebenarnya kalau kita layan jurujual ni, ia ibarat kita dah masuk perangkap. Biasanya soalan mereka akan bermula dengan, cik kerja apa? Kemudian diikuti, cik boleh tanda tangan petisyen untuk selamatkan panda? Boleh tolong isi survey? ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua mata duitan! Minta ‘up’ wang hantaran ikut kenaikan gaji calon menantu kerja gomen... Naik 4K jadi RM18,000! "Bermacam permintaan tapi jawapan saya akan sama je, terima kasih, sambil terus jalan ke depan. Kalau mereka ikut kita dan dok tanya-tanya lagi, teruskan cakap 'terima kasih' sampai mereka mengalah. "Dalam hal ni, kebijaksanaan pengurusan kewangan amat penting. Kalau orang tu sedar diri tak mampu, dia tak akan lemah iman ambil hutang keliling pinggang," kata wanita itu dalam perkongsiannya. Saya sebagai wanita, saya cakap saya suri rumah kononnya tak ada pendapatan tetap. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warganet berkongsi tip tambahan untuk menghindari gangguan jurujual termasuklah daripada aspek pemakaian. "Saya pakai baju ala kekampungan kalau pergi jalan-jalan, jadi tak ada sesiapa yang berminat nak kacau saya. Mereka ingat saya tak lepas pun nak ambil loan tu. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Boleh juga guna jawapan, saya masih belajar. Tapi jangan pula waktu tu bawa anak atau isteri. Kalau terjebak, cakap je tengah buat master. "Saya sebagai wanita, saya cakap saya suri rumah kononnya tak ada pendapatan tetap. Boleh juga cakap yang kita dah ada kad kredit dan tak berminat nak tambah lagi," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube