suria

Siswi UM putih mata kereta baru keluar kedai dihempap pokok! Tak sampai dua bulan ‘unboxing’, Perodua Bezza masuk bengkel

Kereta milik adik Amy yang mengalami kerosakan akibat pokok tumbang.

BENCANA alam tidak dapat dijangka dan boleh menyebabkan kerugian harta benda bernilai ribuan ringgit.

Lebih tragis apabila ia melibatkan aset berharga seperti tempat tinggal atau kenderaan peribadi.

Begitulah kisahnya melalui satu video tular di laman TikTok, apabila seorang gadis menceritakan tentang kereta adiknya yang rosak teruk akibat dihempap sebatang pokok tumbang.

Kerosakan pada sebuah kereta dihempap pokok yang agak serius.

Lebih tragis apabila kereta jenis Perodua Bezza itu dikatakan baru dimiliki selama 53 hari sebelum kejadian malang terbabit.

Bercerita lanjut kepada mStar, Siti Aini, 23, atau senang disapa Amy berkata kejadian berlaku di lot parkir Universiti Malaya (UM), ketika ribut ganas membadai kawasan setempat pada 25 Mei lalu.

"Adik saya belajar di UM dalam kursus teknologi maklumat (multimedia). Waktu kejadian tu, semua orang tengah berlindung dalam kolej kediaman sebab keadaan cuaca buruk, hujan sangat lebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap malaikat ‘sambut’, anak 3 tahun selamat selepas tercampak keluar kereta... Ibu cerita detik 4x4 langgar tiang sebelum terbalik!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Aruz kongsi detik cemas dirempuh treler... Ibu patah tulang rusuk, anak-anak pula lebam di muka

"Nasib tiada siapa yang tercedera. Apabila dah reda sikit, adik pun keluar untuk periksa kerosakan. Terkejut adik apabila dia tengok ada empat hingga lima kereta dah penyet kena hempap pokok.

"Termasuklah kereta kesayangan adik, paling sedih sebab dia punya kereta boleh dikatakan yang paling teruk alami kerosakan. Bahagian depan kereta memang kritikal, bahagian belakang okey lagi.

"Adik dan pihak berwajib terpaksa panggil orang untuk potong pokok tu kepada beberapa bahagian kecil supaya boleh tarik keluar kereta dengan selamat," ujar Amy yang menuntut di Universiti Multimedia (MMU) cawangan Melaka.

Tiada niat langsung untuk pandang rendah dekat orang lain, saya pun bukanlah sejenis yang suka berlagak.

SITI AINI

Tambah Amy, kereta adiknya dihantar ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut sebelum proses membaik pulih dimulakan.

"Anggaran jumlah kerugian masih belum ditentukan lagi. Nak siap bila pun tak tahu, cuma Alhamdulillah ada perlindungan insurans.

"Kereta Bezza ni dibelikan ibu abah untuk adik sebab sebelum ni dia guna kereta abang untuk pengangkutan, tapi abang nak pakai semula kereta tu.

"Apabila dapat berita tentang kereta adik, ibu abah memang risau takut adik cedera ke apa, tapi syukur semuanya baik-baik je.

Adik Amy bersemangat memandu kereta baharu.

"Cuma saya dengan abang kuat membahan, kami panggil dark humour, contohnya kami cakap, ala sikit je tu rosak, setakat calar. Saya suka usik adik sebab dia dapat kereta dulu sebelum saya yang lebih tua," kata Amy yang belum mempunyai lesen memandu.

Tambah Amy, dia turut menyedari tentang komen pelayar yang berseloroh dengan berkata gara-gara mulutnya, kereta adiknya ditimpa musibah.

"Saya sempat buat video waktu kali pertama adik masuk kereta baharu dia. Kira macam sesi unboxing, kami buka pembalut plastik semua dan test drive keliling taman perumahan.

"Waktu tengah dalam keterujaan yang teramat sangat tu, saya cakap dekat kereta lalu-lalang, kami ada kereta baharu. Bukanlah bermaksud saya nak bongkak, cuma benda tu spontan terkeluar daripada mulut.

Amy memeriksa bonet belakang kereta milik adiknya yang baru tiba di rumah.

"Tiada niat langsung untuk pandang rendah dekat orang lain, saya pun bukanlah sejenis yang suka berlagak. Saya rasa satu kebetulan je kereta adik kena hempap pokok tu, tuhan dah takdirkan begitu, tiada kena mengena dengan apa saya cakap.

"InsyAllah selepas habis belajar saya akan ambil lesen memandu supaya boleh dapatkan kereta sendiri," kata Amy yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di MMU.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain