REALITI tidak selalunya indah. Misalnya daripada segi kerjaya, mungkin kelihatan megah pada mata orang luar tetapi hakikatnya seseorang itu perlu melalui laluan berliku lagi memeritkan. Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita selaku ejen hartanah berkongsi pengalaman berurusan dengan pempengaruh media sosial yang menyebabkan dia sedar hakikat sebenar berkecimpung dalam bidang itu. Pemilihan kerjaya yang tepat penting agar kualiti kehidupan terjamin. -Gambar hiasan Menurutnya, karier sebagai seorang pempengaruh boleh diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang walaupun gaya hidup mereka yang diperhatikan mewah. "Saya ada kenal seorang pempengaruh sepenuh masa ni, sebut nama mesti ramai tahu. Dia jadi klien, saya kendalikan sewa kediamannya. Pernah berbual dengan dia, katanya jadi pempengaruh ni sangat stres. "Pertama sekali pendapatan tak menentu, kalau content meletup ada la duit. Lepas tu setiap hari kena perah otak, fikir buat content apa. Kemudian selepas dah muat naik content, duduk risau kalau content tu boleh dapat tontonan atau tidak. ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal idola... Wanita kecewa influencer kesayangan mekap tebal, filter je lebih sampai ubah warna asal kulit ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Kelantan dihina ‘sek kito’ sendiri, dituduh menipu buat reviu makanan... Air terjun keruh pun dipersalahkan "Lagi satu dia beritahu saya, pempengaruh yang buat content dengan menggunakan keluarga atau anak, semuanya dalam penipuan. Pura-pura bahagia saja, mereka malu kalau orang tahu keadaan sebenar hidup mereka, "Kemudian apabila dah terdesak, ada pempengaruh yang sanggup buka aib dan jaja cerita orang supaya boleh kekal relevan. Inilah kehidupan tragis seorang pempengaruh, sedih," ujar wanita itu. Tambahnya lagi, tujuan dia mendedahkan kisah itu adalah sebagai pengajaran dan bukannya hendak menakut-nakutkan. Ingat satu je anak-anak, kalau nak jadi pempengaruh ni perjalanannya jauh sekali... bukan boleh terus terkenal. WARGA MAYA "Saya tahu ada belia di luar sana yang pasang cita-cita nak jadi pempengaruh, bukan niat saya untuk melunturkan semangat, cuma nasihat saya fikir dua tiga kali sebelum ambil haluan ni. "Tekanan melampau, duit masuk pun bermusim. Ikut masa, ada kalanya nasib berpihak kepada kita, ada waktunya tidak. Ketika tu baru tahu erti rasa hidup susah. "Itu sebabnya kalau perasan ada sesetengah nama besar dalam industri tiba-tiba senyap, mereka terus berhenti atau berehat sekejap. Jadi pempengaruh ni memerlukan ketahanan mental yang kuat," ujar wanita itu menutup bicara. Sebahagian ciapan balas warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berasa terkejut dengan realiti sedemikian. "Nak buat content sebagai hobi atau kerja sampingan boleh, tapi sebagai kerjaya tetap tidak disarankan sebab kurang sesuai untuk jangka masa panjang. Dah la persaingan sengit, berlambak mereka yang jadi pempengaruh. "Ramai pempengaruh media sosial yang selepas beberapa tahun kecundang, akibat daripada masalah depresi dan hilang semangat. Bukan senang nak teruskan, lebih mudah mengalah. "Ingat satu je anak-anak, kalau nak jadi pempengaruh ni perjalanannya jauh sekali, bukan boleh terus terkenal. Melainkan awak ambil jalan pintas buat content mengarut, nauzubillah," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube