MATI itu pasti, apabila tiba masanya kita akan dibawa pulang ke negeri abadi. Apabila berlaku kematian, Islam juga menuntut umatnya agar menyegerakan urusan pengebumian jenazah. Di TikTok, seorang individu dikenali sebagai Ustaz Abdul tular selepas dia berkongsi tentang pengurusan jenazah yang tidak dituntut. Keadaan liang lahad yang berair. Menerusi perkongsian pada Khamis, Ustaz Abdul berkata dia perlu menguruskan jenazah seorang individu yang tidak dituntut lebih dua tahun. Apa yang mencuri perhatian, Ustaz Abdul berkata liang lahad yang digali dipenuhi dengan air, malah ia juga berbau. "Sebelum Zohor dapat maklumat ada jenazah tidak dituntut perlu diuruskan. Saya datang selepas solat Zohor, membantu menggali kubur. Walaupun bau busuk melekat, kami ikhlaskan hati menerimanya... Allah rezekikan kami uruskan jenazah ini. USTAZ ABDUL "Dah separuh gali, keluar air dan berbau. Teruskan sehingga selesai buat teraju. Tiba- tiba dimaklumkan jenazah tak dituntut lebih dua tahun setengah. "Allah bagi rezeki urus jenazah yang special," tulis Ustaz Abdul pada kapsyen. Sambil berkongsi beberapa foto untuk tatapan warga TikTok, Ustaz Abdul memaklumkan proses pengebumian jenazah itu akhirnya selesai selepas waktu Asar. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar penemuan mayat hanya tinggal rangka, lengkap berpakaian... Ustaz usaha tutup aib si mati, jaga emosi keluarga ARTIKEL BERKAITAN: “Gambar terakhir keluarga kami” - Anak-anak ambil peluang tidur di sekeliling jenazah bapa, titip doa jumpa di syurga "Alhamdulillah, lepas Asar semua selesai. Walaupun bau busuk melekat, kami ikhlaskan hati menerimanya. Allah rezekikan kami menguruskan jenazah ini," ujarnya lagi. Hingga kini perkongsian itu meraih hampir 300,000 tontonan selepas ia dikongsi di TikTok. Menjawab soalan netizen, Ustaz Abdul berkata jenazah masih berada dalam keadaan elok. Tambahnya, proses itu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan hospital dan turut mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam. Ramai netizen ucap terima kasih atas khidmat mulia Ustaz Abdul dan pasukannya. Ada netizen yang menyifatkan perkongsian itu sebagai aib kepada si mati, namun Ustaz Abdul berkata kisah berkenaan boleh diambil sebagai iktibar untuk semua. "Moga ia dijadikan sebagai iktibar, silaturrahim perlu dijaga dengan baik agar ada yang ingat, sayang dan rindu dekat kita. Apabila kita tiada, Insya-Allah ada yang menguruskannya," jawabnya lagi. Rata-rata netizen turut mendoakan si mati dan berterima kasih kepada semua pihak yang menguruskan pengebumiannya. "Besar pahala abang-abang yang uruskan jenazah ni. "Semoga penggali kubur yang menguruskan jenazah itu ke syurga, Amin. "Terima kasih atas khidmat dan jasa ustaz," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube