SEORANG lelaki meluahkan rasa kesal dengan helah dibuat seorang peniaga yang menjual air balang dan beberapa jenis makanan bergoreng. Menurut Asri Budak Online di Facebook, helah itu disedari sewaktu anaknya mahu membeli air yang dianggap berharga RM1 seperti tertera pada banner iklan. Namun dakwa Asri, keterujaan anaknya terbantut apabila dia perlu membayar RM3 bagi air teh ais yang dipesan. "Berlari-lari anak sulung saya serbu kiosk tu. Sebab ada tulis RM1. Dia siap bagitahu nak guna duit sendiri kerana RM1 je. Saya okey je sebab nampak dekat banner tu RM1. Peniaga perlu jujur dalam berniaga untuk mendapatkan keberkatan. -Gambar hiasan "Ada pilihan teh ais dan air coklat. Rasa ingin tahu juga (rasa) air macam tu RM1. Mungkin cawan kecil kot. Tiba-tiba peniaga tu keluar cawan saiz biasa yang selalunya orang jual RM3. "Saya pun tanyalah, berapa ringgit tu? Peniaga kata RM3. Anak saya apa lagi, cemas la. Dia ada RM1 je. Terus dia tanya tapi sini (banner iklan) tulis RM1," imbasnya menceritakan semula situasi itu. Menurut peniaga berkenaan, hanya air berperisa oren sahaja yang dijual pada harga RM1 tetapi tidak diniagakan pada hari tersebut. Malah, tiada air berperisa lain berharga RM1 dijual melainkan air teh ais dan berperisa coklat dengan harga jualan RM3. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bela peniaga air balang, yakin tak jual harga melampau... Siap tolong kira kos bancuh air jagung ARTIKEL BERKAITAN: Hilang selera tengok balang air kusam, kelabu! Pemuda ini dedah tabiat salah yang ramai peniaga buat Jelas Asri, dia pernah berdepan situasi peniaga menggunakan taktik pengiklanan sama membabitkan penjaja buah harumanis. Bagaimanapun, dia tidak berasa tertipu memandangkan peniaga buah berkenaan masih meletakkan buah dengan harga ditawarkan. "Aduh, kena scam rupanya. Biasa kalau nak trick pun, letak la air RM1 tu walau apa pun perisa. Sekurang-kurangnya orang tidak la terpedaya dengan RM1 tu. "Tiba-tiba air RM1 tu tak wujud dan hanya ada RM3. Teknik biasa kalau kita tengok dekat kedai buah. Dia tulis 4kg (kilogram) untuk RM20 bagi harumanis kemboja. Bahaya betul berniaga macam tu. Semestinya saya sudah tak singgah lepas ni. ASRI "Tapi apabila pergi dekat, pakej RM20 sebenarnya untuk buah lama-lama atau terlalu masak, lembik dah. Kalau yang elok, 3kg RM20. Kalau macam ni, okey lagilah sebab memang wujud 4kg RM20 tu," katanya. Menurut Asri apa yang berlaku membuatkan dia sekeluarga serik untuk kembali ke kiosk perniagaan berkenaan. Dalam foto yang dimuat naik, kelihatan anaknya yang masih beruniform sekolah itu sedang menyedut air teh ais yang dibeli. "Bahaya betul berniaga macam tu. Semestinya saya sudah tak singgah lepas ni," ujarnya. Komen netizen pada hantaran asal. Susulan hantaran yang menjadi tular itu, Asri menceritakan peniaga tersebut masih tidak menjual air oren berharga RM1 pada hari berikutnya. Tambahnya lagi, dia menegaskan mengenai hantaran tersebut dibuat adalah bertujuan untuk peniaga tersebut menambah baik perniagaannya. "Maafla saya tak maklumkan lokasi kedai ni. Bukan nak viral untuk burukkan kedai ni. Kalau pemilik kedai baca, dia boleh tambah baik. "Selain itu untuk kita dapat manfaat daripada perkongsian ini, sama ada kita sebagai peniaga atau pembeli. Mungkin kita pun tanda sedar ada terbuat trick macam ni ketika buat marketing," jelasnya di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube