TINDAKAN seorang pemuda menyantuni ibu hamil mendapat perhatian ramai. Pemuda berkenaan yang juga pemilik video, Taufik Zulbakri menjelaskan dia tidak sampai hati melihat wanita hamil tersebut berdiri dalam tempoh lama apatah lagi dalam cuaca hujan. Sebagaimana diceritakan di TikTok, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia sedang berniaga di sebuah karnival makanan yang diadakan di Kelantan. "Saya paling tak boleh kalau tengok perempuan mengandung. Nak dijadikan cerita, hari tu dekat event, saja la saya buat live (siaran langsung). Taufik menceritakan semula kejadian yang berlaku. "Tengah sedap layan live, orang tengah ramai tiba-tiba hujan turun. Tak apa la orang kata ini hujan rahmat. "Hujan memang lebat. Masa kami tengah berteduh daripada hujan, saya baru perasan ada seorang kakak ni tengah mengandung. Suami dia tinggal sekejap sebab nak pergi ambil payung," ujarnya. Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat wanita berkenaan sedang tumpang berteduh di bawah khemah jualan bertentangan tapak gerai Taufik. Selepas menyedari situasi tersebut, Taufik terus meredah hujan sambil membawa kerusi untuk wanita hamil berkenaan duduk sementara menunggu suaminya datang. Wanita itu kelihatan agak terkejut diberikan kerusi tetapi terus duduk sementara menunggu suaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil ‘sangkut’ GDM? Ini panduan kawal pemakanan supaya bayi bakal lahir tidak berisiko tinggi ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut dah lama cuba hamil umur suami 80 tahun baru ‘sangkut’ - “Tak datang bulan, saya ingatkan menopaus” "Nampak sudah macam tujuh hingga lapan bulan (kandungan) dah. Walaupun saya ni masih bujang, tapi tak boleh tengok kalau ada ibu mengandung yang tengah berdiri lama. "Tambah-tambah kandungan yang besar macam tu. Rasa kasihan tengok. Saya pun buat keputusan ambil kerusi dan bagi dekat akak tu untuk duduk sementara tunggu suami dia," ujarnya lagi. Video tersebut meraih lebih 1.9 juta jumlah tontonan selepas dikongsikan oleh Taufik dan turut dimuat naik di platform media sosial oleh pengguna lain. Rata-ratanya memuji tindakannya yang sanggup meredah hujan demi menyantuni seorang ibu mengandung. Tolong rakam kebaikan. Lebih baik daripada rakam kejahatan. TAUFIK Malah, pasangan suami isteri ini turut tampil mengucapkan terima kasih kepada Taufik di ruangan komen video yang sama. "Alamak, saya tu. Hujan lebat masa tunggu suami ambil payung dalam kereta. Terima kasih abang bagi pinjam kerusi. Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan nanti," katanya yang menggunakan akaun TikTok Sabby. Susulan video tular, lelaki berkenaan tampil menjelaskan bahawa dia tidak menyangka kebaikannya yang sekecil itu mendapat perhatian ramai. Jelasnya dalam video tersebut, rakaman dibuat hanya untuk dijadikan sebagai content (kandungan) di media sosialnya sahaja. Komen pasangan tersebut pada video tular. "Tak sangka ya, (video) saya bagi kerusi dekat kakak tu boleh tular. Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Rupa-rupanya benda kecil macam tu pun ramai yang terharu. "Saya baca satu per satu komen. Komen lawak ada, komen yang ni (puji) pun ada. Sebenarnya saya tengah kemas booth masa buat live tu. Jadi saya rakam semula live tu. "Ini boleh buat content kot. Saja saya buat content. Rupa-rupanya ramai yang tersentuh hati. Dekat sini saya dapat satu benda. Tolong rakam kebaikan. Lebih baik daripada rakam kejahatan," katanya lagi yang berniaga air kopi jenama Tok Babah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube