TRANSFORMASI daripada tubuh berisi menjadi langsing merupakan satu pencapaian membanggakan. Namun ada kalanya perubahan positif sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu 'lupa daratan' dan bersikap bermegah-megah dengan penampilan serta bentuk tubuh baharu. Melalui satu pendedahan di laman X, seorang wanita mendakwa golongan jejaka yang dahulunya berbadan gempal dan kini kurus tidak wajar dijadikan teman lelaki yang mana kenyataan itu dibuat berdasarkan pengalamannya. Badan yang sihat akan menambah keyakinan diri seseorang. -Gambar hiasan Menurutnya, lelaki sebegini biasanya merasakan dirinya mempunyai hak ke atas setiap perkara dengan imej dan penampilan baharu diri mereka. "Saya suarakan pendapat ni bukan untuk malukan sesiapa, tapi ini satu realiti, sesetengah lelaki gemuk yang berjaya jadi kurus sangat buruk perangainya. Sebab mereka rasakan diri mereka sudah cukup hebat. "Mereka dahagakan tumpuan orang sekeliling. Dulu badan berlemak, sekarang dah berotot, mesti la nak orang tengok kan. Tapi benda ni mendorong mereka jadi lelaki hidung belang. ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bermesej dengan awek ramping, 2 bulan kemudian isteri meninggal! Suami remuk hati periksa handphone, troli Shopee arwah ARTIKEL BERKAITAN:Isteri ‘struggle’ kuruskan badan, tertekan suami asyik perlekeh tak nampak hasil - “Dia tak rasa saya cantik dan seksi” "Mereka suka mainkan hati perempuan supaya boleh dapat perhatian yang mereka inginkan tu. Wanita yang pernah terkena mesti akan faham apa saya maksudkan ni. "Harap jangan semberono hentam saya sebab keluarkan pandangan kontroversi, saya tak cakap semua, siapa makan cili dia terasa pedasnya," kata wanita itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya dilihat menyokong pendapat yang dikeluarkan wanita itu dan turut berkongsikan pengalaman mereka dalam situasi serupa. Apabila dah berjaya kurus, giliran mereka pula nak pijak orang lain, melebih-lebih keyakinan diri tu. WARGA MAYA "Setuju! Dia punya berlagak tu jangan cakap la. Mereka selalu fikir apa yang mereka nak, mereka mesti dapat. "Kakak saya dulu ada kenal dengan seorang lelaki macam ni, waktu tu hampir nak bertunang dah. Tapi firasat ibu yakin ada sesuatu yang tak kena, lepas tu kami pun tergerak hati nak periksa Facebook keluarga dia, rupanya dia dah kahwin. Warga maya bertukar pandangan. "Mereka ada 'luka' dalam hati, mungkin selalu dipandang rendah waktu zaman badan gempal. Jadi apabila dah berjaya kurus, giliran mereka pula nak pijak orang lain, melebih-lebih keyakinan diri tu. "Mohon maaf kepada sesiapa yang terkena, tapi tak semua lelaki badan gempal yang jadi kurus perangai macam ni. Ada je yang saya jumpa okay dan masih merendah diri, jangan sapu rata semua," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube