MENDOAKAN yang terbaik untuk pasangan masing-masing adalah amalan yang sangat digalakkan terutamanya untuk menjamin keharmonian rumah tangga di samping mendapat reda Yang Maha Esa. Namun berbeza situasi wanita ini yang mengakui dia terdetik untuk berdoa agar suaminya dijemput ajal. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, perasaan itu timbul disebabkan sikap suami yang bukan sahaja tidak menghargai pengorbanannya, malah pernah menduakan dirinya dengan beberapa wanita lain. "Kami dah kahwin hampir sembilan tahun. Pada 2022, (suami) kantoi mesej betina-betina lain. Katanya test market. Saya sendiri mesej betina-betina tu. Bukti Allah tunjuk, suami yang gatal cari diaorang. "Gaduh teruk sampai saya nak bawa kes ni pergi pejabat agama. Tapi suami cakap, 'kalau berani pergilah'. Saya stres sampai pisau di tangan hiris jari sampai putus," luahnya dalam satu hantaran di sebuah laman grup Facebook. Segelintir wanita cenderung memendam masalah bersendirian. -Gambar hiasan Tambah wanita tersebut, walaupun sudah dua tahun berlalu namun hatinya masih belum mampu melupakan kecurangan suaminya malah enggan memaafkan lelaki berkenaan. "Dia minta maaf pun macam itu bukan salah dia. Sibuk cari salah bini. Saya simpan dendam sampai dia mati. Memang kalau boleh, saya doakan dia mati... senang sikit," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang kali kedua tapi mati-mati tak mengaku... Sanggup sumpah atas nama Allah bimbang lafaz taklik dikira sah ARTIKEL BERKAITAN: Baru lembut hati rujuk dengan suami 3 kali kantoi curang, isteri nekad cerai sekali lagi... Terkejut tiba-tiba ada madu! Meskipun perit, namun wanita tersebut berkata dia tiada pilihan melainkan terus bertahan kerana memikirkan anak-anak selain dirinya masih bergantung kepada suami kerana tidak pandai memandu. Sepanjang tempoh tersebut, hatinya terus terluka kerana suaminya tetap tidak berubah bahkan culas menyediakan nafkah untuk keluarga mereka. Stresnya hidup awak. Kalau saya, saya pilih untuk resign jadi bini dia. Kita perempuan deserve to be happy. NETIZEN "Baru-baru ada dia minta saya masak makanan dan dia tolong jual. Saya penat-penat memasak, kena sediakan bahan sendiri, perkakas lagi nak kena basuh lepas memasak. "Masak lagi untuk lunch anak-anak. Tugas dia bawa makanan dah siap dan pergi jual saja. Gaji dia bayar RM15 sehari. Berbaloi ke? Padahal dia dapat lebih daripada gaji dia bayar saya. "Dia sedap pakai phone baharu. Masalahnya dia boleh minta saya beli lauk lagi dengan gaji tu? Bukankah tugas dia beri nafkah beli barang dapur? "Letih kan? Yang baca pun letih, apatah lagi orang yang hadap," luahnya lagi. Antara komen warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati malah menasihatkan wanita berkenaan agar belajar untuk berdikari sebagai persediaan. "Pertama, ambil lesen. Kedua, masak semua dan pergi niaga, simpan semua untung sendiri. Dah cukup modal, sila pergi bercerai dengan biawak hidup ini. "Selagi awak tak ambil lesen, selagi itulah dia gunakan awak. Kelemahan awak dekat situ dan awak memendam dipergunakan berulang kali. "Stresnya hidup awak. Kalau saya, saya pilih untuk resign jadi bini dia. Kita perempuan deserve to be happy," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube