MENUNAIKAN ibadah haji merupakan impian umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, bakal jemaah haji dipilih mengikut kuota dan sistem penggiliran kerana terlalu ramai berhasrat untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu. Justeru, peluang yang diperoleh pasti tidak akan dipersia-siakan oleh sesiapa pun termasuklah wanita ini. Bagaimanapun, tanpa diduga, hasratnya untuk menunaikan ibadah haji tidak kesampaian apabila dia tiba-tiba dimaklumkan tentang pembatalan tawaran. Persiapan mengerjakan haji perlu dilakukan lebih awal. -Gambar hiasan Kisah yang dialami itu dikongsikan oleh rakannya yang dikenali Azri di laman Facebook bagi mendapatkan kepastian tentang kewajaran tindakan pihak pengurusan haji berkenaan. "Rakan perempuan saya dapat panggilan haji dan dia pun terkejut sebab kalau ikut giliran memang lambat lagi. Saya pun pelik sebab dia tiada mahram untuk pergi kerana belum berkahwin. "Rupanya pihak pengurusan beri tawaran kepada dia untuk jadi pengiring wanita kepada seorang warga emas. "Kawan saya pun setujulah nak pergi, siapa je tak nak peluang macam tu," ujarnya memulakan cerita. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh satu taman anak patung bergerak sendiri masa raya haji! Bayang hitam di cermin kabinet dapur bikin meremang ARTIKEL BERKAITAN: Suami tinggal famili, balik rumah mak petang raya... Tak sanggup ikut ‘peraturan’ isteri - “Sama Kelantan pun banyak masalah” Keterujaan tersebut membuatkan rakannya itu membuat segala bayaran yang diperlukan termasuk melakukan persiapan untuk ibadah haji. Bagaimanapun, katanya, beberapa jam sebelum penerbangan berlepas, warga emas berkenaan tiba-tiba menarik diri. Anggaplah ujian, mungkin makcik tu tak sihat... insyaAllah ada rezeki untuk pergi menunaikan ibadah haji nanti. WARGA MAYA "Beberapa jam sebelum flight, makcik tu tarik diri... tak jadi pergi. "Jadi pihak pengurusan haji membatalkan juga penerbangan kawan saya atas alasan makcik tu tak pergi dan tiada keperluan untuk kawan saya pergi. "Persiapan semua dah tersedia, dia pun dah ambil cuti serta maklumkan kepada semua," tambah Azri. Kebanyakan jemaah haji terdiri daripada warga emas. Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa terkejut dan berharap wanita berkenaan diberi peluang untuk menunaikan haji kerana sudah membuat persiapan sewajarnya. "Boleh saman makcik tu sebab dia tiba-tiba tarik diri daripada pergi haji. "Anggaplah ujian, mungkin makcik tu tak sihat... insyaAllah ada rezeki untuk pergi menunaikan ibadah haji nanti. "Sabar, mungkin ada sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi mungkin pihak pengurusan boleh je benarkan sebab ditawarkan dari awal dan persiapan pun dah buat," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube