suria

Ramai setuju handphone punca masalah, majikan tak kejam jika larang maid guna - “Satu gajet punah semuanya”

Pembantu rumah tak patut curi tulang pada waktu bekerja. -Gambar hiasan (kanan)

KHIDMAT pembantu dari luar negara amat diperlukan bagi sesetengah orang untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah.

Terutamanya keluarga dengan anak kecil, warga emas atau ibu bapa uzur, mengupah amah diharapkan dapat meringankan beban.

Kecoh di laman X apabila seorang usahawan selaku majikan menetapkan peraturan ketat ke atas kumpulan pembantu rumahnya seramai lima orang.

Pembantu rumah perlu tahu tugas dan peranan mereka apabila diupah untuk bekerja. -Gambar hiasan

Menerusi video tular itu, kedengaran usahawan wanita berkenaan meminta pembantu rumahnya menyerahkan telefon pintar masinng-masing apabila mula bekerja pada waktu pagi.

"Okay setiap pagi, sebelum masuk kerja, letakkan telefon pintar kalian dekat sini. Apabila selesai kerja dan nak masuk tidur waktu malam, baru boleh ambil semula telefon ni.

"Ketika bekerja langsung tak dibenarkan guna telefon, harus fokus, semua bagi faham ya," kata wanita itu tegas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak nak lari rumah! Gadis tertekan jadi bibik adik-adik, dilayan seperti hamba... Umi sanjung anak lelaki macam raja!

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jadi bibik tak bergaji! Kakak selalu suruh adik menganggur jaga anak, tak boleh kata ‘tidak’... Nak pergi temuduga pun ‘dihalang’

Walaupun begitu, inisiatif tersebut dilihat mendapat tentangan segelintir individu yang mendakwa ia tidak adil dan dikatakan menyekat hak asasi seorang manusia untuk berkomunikasi.

"Kenapa bibik je yang dapat layanan begini, adakah sebab mereka warga asing? Kalau nak adil, majikan seharusnya mempraktikkan amalan sama bagi pekerja warganegara Malaysia.

"Pastikan orang Malaysia juga fokus bekerja dan hanya guna telefon apabila sudah pulang ke rumah dari tempat kerja. Bibik adalah manusia dan tidak patut 'dikurung' sewenang-wenangnya," kata seorang pelayar.

Nampak tak bahayanya phone ni untuk bibik, sebab satu gajet ni habis punah semuanya.

WARGA MAYA

Bagaimanapun, kebanyakan warga maya lain menyatakan sokongan terhadap tindakan majikan itu yang dianggap berasas sambil berkongsikan pengalaman dan kisah-kisah amah yang menyalahgunakan telefon pintar ketika bekerja.

"Nampak seolah kejam, tapi siapa pernah ada bibik je tahu macam mana perangai mereka ni kalau dapat phone waktu kerja. Dok bergayut cakap telefon dengan kawan-kawan atau teman lelaki macam tak ingat dunia.

"Lagi satu main TikTok sepanjang masa seperti dia yang majikan. Apabila ada phone ni juga mereka senang komplot larikan diri, bahaya apabila kita tak pantau. Mereka mudah leka dan kerja bukan lagi menjadi satu keutamaan.

Warga maya bertukar pandangan.

"Terjadi dekat kakak ipar saya sendiri, dia punya bibik ditugaskan untuk jaga anak umur dua tahun, tak berat pun kerjanya. Tapi sebab dia selalu borak dengan lelaki Bangladesh melalui phone, akhirnya dia terpengaruh untuk larikan diri.

"Dia tinggalkan anak kakak ipar saya tu macam tu je, tiada ribut apa terus hilang. Itu belum lagi yang duduk ambil gambar barang dalam rumah sebab tengah plan dengan kawan dekat luar nak mencuri. Banyak betul ragamnya.

"Nampak tak bahayanya phone ni untuk bibik, sebab satu gajet ni habis punah semuanya," kata beberapa warga maya memberikan penjelasan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain