SELEPAS rujuk semula dengan suami pada 5 Jun lalu, usahawan kosmetik, Yus Aminah Mohd Zawizah membuat kejutan mahu memberikan baju raya miliknya secara percuma kepada orang ramai. Yus Aminah yang lebih dikenali sebagai Kak Hello Kitty itu popular kerana memakai baju raya bertemakan kartun popular tersebut bersama keluarga setiap tahun sejak 2015. "Ada tak yang nak baju raya yang Na pakai satu kali je. Kalau korang nak buat raya haji pun boleh, nak bagi percuma," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, pada petang Ahad. Hantaran itu dihujani komen-komen netizen dan para pengikutnya yang berminat mahu mendapatkan baju-baju milik usahawan itu. Afina dan suami rujuk semula selepas 23 hari bercerai. Tampil menjelaskan mengenai hasratnya itu, dia yang mesra disapa Afina berkata mahu menyumbangkan sebahagian baju-baju miliknya selepas rujuk semula dengan suami pada Rabu lalu. "Sebelum ini, baju-baju suami yang tidak digunakan disimpan saja di dalam beg. Dan sejak awal tahun masa kami tiada persefahaman sehingga bercerai, dia bawa keluar baju-bajunya dari rumah, termasuk ada yang disimpan di stor. "Bilik khas untuk pakaian sekarang pula penuh dengan baju-baju saya saja. Sekarang, saya perlu clear separuh daripadanya untuk letak baju-baju suami selepas kami kembali tinggal serumah," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Terus baik demam... Pasangan sedondon baju Hello Kitty kembali bersatu, rujuk semula selepas 23 hari bercerai ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi pasangan comel, sedondon Hello Kitty... Usahawan, suami sah bercerai Bercerita mengenai keputusan untuk bersatu semula, usahawan berusia 34 tahun itu berkata dia mengambil nasihat dan saranan sewaktu sesi kaunseling di pejabat agama. "Saya dan suami buka buku baharu, dah bincang kalau ada berlaku salah faham pun jangan tidur asing dan jangan asingkan baju suami isteri. "Memang banyak baju saya yang cuma pakai sekali saja walaupun masih boleh dipakai. Tapi saya berniat untuk sedekahkan," ujarnya yang berasal dari Machang, Kelantan. Afina sekeluarga sering memakai busana raya bertemakan Hello Kitty. Selain baju raya, Afina berkata, turut diberikan secara percuma adalah koleksi pakaian kasual miliknya seperti blaus dan seluar, dan mereka yang berminat hanya perlu menanggung kos penghantaran. "Nanti saya post baju-baju di Facebook, dan mereka boleh WhatsApp saya mahu baju yang mana. Siapa cepat dia dapat. Maaf, baju raya Hello Kitty masih saya sayang sebab ada kenangan. YUS AMINA MOHD ZAWIZAH USAHAWAN KOSMETIK "Ada juga yang DM (mesej secara langsung) beritahu mereka tidak berkemampuan, dan mahu baju percuma untuk dipakai masa raya. "Segelintirnya tak mampu, faham keadaan ekonomi tak baik. Jadi, mereka juga boleh pilih mana-mana yang berkenan dan maklum kepada saya," katanya sambil menambah turut memberikan kasut-kasut miliknya secara percuma kepada orang ramai. Antara beg yang mengandungi pakaian milik Afina untuk diberi secara percuma. Namun Afina menegaskan bahawa koleksi baju raya bertemakan Hello Kitty miliknya tidak disumbangkan kerana dia masih menyimpannya untuk koleksi peribadi. "Terkejut juga apabila ramai juga yang komen mahu baju Hello Kitty. Maaf, baju raya Hello Kitty masih saya sayang sebab ada kenangan. "Lagipun semua baju Hello Kitty adalah priceless dan limited, ditempah daripada kain khas untuk dijadikan baju. Bukannya tempah kain yang selalu orang kata untuk cadar atau langsir," katanya yang berharap sumbangannya memberi manfaat kepada orang ramai. mStar sebelum ini melaporkan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun berakhir dengan perpisahan selepas Afina dan suami sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 15 Mei. Pasangan itu kemudian membuat keputusan untuk rujuk semula selepas 23 hari bercerai, pada 5 Jun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak di Batu Caves, Selangor. Hasil perkahwinan Afina bersama suami, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, 9, dan Putra Jamsyeir Ai Rich Mohd Afizi, 4. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube