MEREKA yang dihimpit kesusahan ada kalanya memerlukan 'talian hayat' daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan. Namun, golongan susah ini jangan pula mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang lain yang membantu, umpama diberi betis mahukan paha. Kecoh di laman Facebook seorang bapa dalam sebuah keluarga daif meminta ihsan orang ramai untuk membelikan sepotong kek bagi menyambut hari lahir anaknya. Kek bagai menjadi kewajipan dalam sambutan ulang tahun kelahiran. -Gambar hiasan Rayuan tersebut meraih simpati warga maya, termasuklah seorang wanita yang bertungkus lumus memenuhi permintaannya. "Mengenangkan aku ada anak kecil macam lelaki tu, aku pun pergi carikan kek dan nasi Arab semua, siap tanya kawan-kawan lagi. Ingatkan sekali tu je dia menagih bantuan, tengok-tengok pagi ni masuk mesej daripada nombor dia. "Kali ni merayu pula minta peti sejuk second hand, katanya untuk kegunaan anak sebab peti sejuk lama dah rosak dua hari sebelum. Ini dah melebih-lebih bang, cuba usaha sendiri pula. Aku ni pagi, petang, siang dan malam kerja untuk besarkan anak. ARTIKEL BERKAITAN: Ideologi jangan meminta-minta nafkah akhirnya makan diri, wanita menyesal ‘buta’ dek cinta - “Aku hidup dengan lelaki tak guna” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 3 anak ‘jatuh terduduk’ diuji! Rela jual serunding, tebal muka cerita kesusahan hidup asalkan tak meminta "Aku syak abang ni simpan nombor semua orang yang pernah tolong dia lepas tu siarkan (broadcast) mesej macam ni, banyak senang hidup. Ingat kita ni Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke?" kata wanita tersebut kecewa. Dalam pada itu, apa yang lebih mengejutkan apabila beberapa individu yang mendakwa mereka penduduk setempat dan mengenali lelaki terbabit secara dekat, mendedahkan keadaan sebenar keluarganya. "Saya seorang pembuat kek, waktu tular kisahnya, saya sendiri yang sukarela buatkan kek untuk dia. Tapi apabila pergi hantar, nampak hidupnya tidaklah susah mana, badan pun kelihatan tegap. Siap guna kereta jenama Hyundai. Kehidupan meminta-minta ni macam satu ketagihan, sekali buat terus susah nak berhenti. WARGA MAYA "Betul kak, benda ni menimbulkan fitnah pada kawasan kejiranan kami, kononnnya kami tak bantu dia sebagai jiran. Padahal kami dah tolong semampu yang boleh, tapi dia salah gunakan apa yang diberikan. "Paling sakit hati saya nampak dia boleh bawa anak pergi makan restoran mahal, bukannya dia nak gunakan duit yang dia dapat tu untuk perbaiki kehidupan keluarganya. "Saya kalau boleh nak je bongkarkan tapi tak mengapalah, saya fikir biar dia sendiri yang menjawab depan Allah nanti di akhirat. Beringat ya semua, jangan lagi terkena dengan lelaki ni, block nombor dia siap-siap," kata beberapa individu. Warga maya bertukar pandangan. Sementara itu, ada juga warga maya bergelut untuk meneruskan kehidupan tampil berkongsi kesusahan dan bagaimana mereka menempuh hari-hari sukar. "Konsepnya begini, kalau orang tu betul susah, dia akan rasa segan nak meminta. Dia akan cuba hidup dengan apa yang dia ada, utamakan keperluan daripada kehendak. "Macam saya sendiri, memang sedar diri tak mampu sebab sekadar kerja kampung. Waktu hari jadi anak, saya cuma belikan roti berharga RM1.50 sebagai kek. Mereka tetap gembira sebab faham dengan keadaan keluarga kami. "Kehidupan meminta-minta ni macam satu ketagihan, sekali buat terus susah nak berhenti. Kita orang sekeliling ni menyampah tengok," demikian komen sebahagian pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube