suria

Malas nak simpan troli, pasangan suami isteri selit depan Myvi... Tak peduli orang lain susah, janji dah selesai ‘shopping’

Perbuatan meninggalkan troli di petak parkir akan menyusahkan pengguna lain. -Gambar hiasan (kanan)

NEGARA semakin maju, namun mentaliti segelintir rakyat kita masih berada di takuk lama.

Sepertinya masih ada dalam kalangan kita yang mempunyai sikap dan tabiat buruk tatkala menggunakan kemudahan atau fasiliti percuma di tempat awam.

Begitulah diadukan seorang lelaki menggunakan akaun Facebook dengan nama Si Abang Long yang 'sakit mata' apabila menyaksikan sikap pelanggan di sebuah pasar raya besar yang tidak menyimpan troli di tempat sepatutnya.

"Kisahnya datang pasar raya dan nak masuk ruangan parkir kereta, kebetulan nampak satu pasangan baru siap isi barang daripada troli ke dalam kereta.

Shopping trolleys abandoned by people at a supermarket in Subang Jaya. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Troli banyak digunakan di pasar raya untuk memudahkan orang ramai membawa barang dibeli. -Gambar hiasan

"Pada awalnya jelas terpapar niat pasangan itu nak tinggal troli di ruangan parkir kosong, tapi apabila tengok saya nak masuk (parkir) mereka gelabah tak tahu nak letak troli tu di mana.

"Saya beritahu kepada isteri, mesti mereka akan tolak ke tepi macam tu je. Sangkaan saya betul kerana mereka tolak troli itu ke petak parkir sebelah yang ada kereta," ceritanya mengimbas semula situasi berkenaan.

Berdasarkan sekeping foto yang dikongsikan individu itu, kelihatan troli yang dimaksudkan berada dalam petak parkir di hadapan kereta Perodua Myvi berwarna putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk berdekatan taman permainan anggap parkir awam di situ ‘hak’ mereka, orang luar park dapat ugutan!

ARTIKEL BERKAITAN: Cop parking! Lelaki ini anggap anak-anaknya ada rezeki berdepan golongan ‘cacat mental’, “Laju-laju dia keluar berdiri kat kotak”

Menurut Abang Long, tindakan tidak bertanggungjawab ini bakal menyusahkan banyak pengguna lain yang akan menggunakan parkir berkenaan.

"Bayangkan petak parking itu kosong selepas ini dan ada kereta yang lebih panjang daripada Myvi nak masuk, mesti tuan kereta terpaksa alihkan troli tersebut baru dia boleh masuk petak itu.

"Ini sikap segelintir orang kita yang hanya pentingkan diri sendiri. Guna pandai tapi nak simpan troli tak pandai. Dah malas nak simpan letak merata pula.

"Pihak pasar raya sudah sediakan tempat simpan troli di ruangan parking kereta, kalau larat tolak troli berisi barang, takkan jadi lemah tenaga nak tolak troli kosong. Hidup ni jangan fikir kita je nak senang... orang lain susah tak apa," katanya lagi.

Paling menyampah nak masuk parkir tengok-tengok troli sudah parkir dulu.

SI ABANG LONG

Hantaran berbentuk teguran dan nasihat itu meraih perhatian netizen.

Rata-rata warga maya turut kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak cakna tentang konsep guna sama kemudahan awam.

"Kalau jenis macam ni memang tak fikir orang dah. Tapi apabila dia kena, tahu pula bising.

"Selalu tengok kejadian ni. Paling menyampah nak masuk parkir tengok-tengok troli sudah parkir dulu. Saya geram tau," ujar netizen.

Komen netizen pada hantaran di Facebook.

Ujar beberapa netizen lagi, mereka akan memulangkan semua troli ke tempat yang sepatutnya bagi menyenangkan urusan orang lain.

"Saya antara orang akan hantar troli pulang ke tempat asalnya. Alasannya kita mudahkan orang, Allah permudahkan urusan kita.

"Kebiasaannya akan letak troli di tempatnya atau sekurang-kurangnya letak dekat tempat tak halang kereta atau orang," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain