UMPAMA peribahasa 'banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam'. Begitulah kerenah atau keinginan penyewa yang perlu dihadapi setiap individu yang menjalankan bisnes sewaan rumah atau hartanah. Menerusi hantaran tular, seorang wanita mendedahkan senario yang dialami selepas salah seorang penyewanya meluahkan hasrat untuk membawa sepupu berlainan jantina tinggal bersama. Kebanyakan rumah sewa turut dilengkapi perabot dan kemudahan asas. Berdasarkan tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, bakal penyewa terbabit menyatakan sepupu wanitanya akan tinggal di bilik berasingan dalam rumah yang sama. "Seorang lagi sepupu saya perempuan, ayah kami suruh cari rumah sewa, nak kami berdikari sendiri. "Saya yang bayarkan (kadar sewaan). Dia satu bilik, saya satu bilik macam tu," ujar individu terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga bina rumah, 40 tahun duduk free atas tanah orang lain! Bertuah owner bagi wang ihsan lepas suruh pindah ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah ‘mati akal’ penyewa langgar kontrak, nak pindah lepas 2 tahun... Netizen saran pulangkan deposit Menyedari perkara tersebut pelik dan bercanggah dengan ajaran Islam, wanita ini kemudiannya menolak permintaan tersebut. Malah dia turut menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh tinggal serumah walaupun berstatus sepupu kerana boleh berkahwin. Bantahan yang dilakukan membuatkan bakal penyewa berkenaan meluahkan rasa marah dan akhirnya enggan meneruskan hasrat untuk menduduki rumah berkenaan. Beratnya ujian hidup di zaman sekarang apabila agama diwarisi daripada keturunan, bukan pemahaman. WARGA MAYA "Berlagak betul. Baik tak payah sewa kalau macam tu, select betul," katanya sebelum menyekat nombor telefon tuan rumah terbabit. Menjelaskan mengenai situasi berkenaan, pemilik kediaman itu berkata kerenah penyewa seumpama itu sering dihadapinya sejak menjalankan bisnes sewaan rumah. Malah dia turut menasihatkan generasi muda supaya tidak menjadikan status saudara-mara sebagai alasan untuk menghalalkan cara. Kebanyakan masyarakat masa kini gemar sewa bercampur lelaki dan perempuan. -Gambar hiasan "Perkara macam ni bukan sekali terjadi pada saya. Tolonglah kepada lelaki dan wanita di luar sana jangan buat macam ni, kesian mak ayah kita. "Kita orang Islam dan manusia normal sepatutnya kita menjaga hak... gunakan fikiran yang paling waras. "Jangan mempergunakan istilah sepupu demi menghalalkan cara," ujarnya di ruangan kapsyen. Menurut wanita ini lagi, selain inginkan keuntungan sebagai pemilik bisnes namun dia juga mahu mendapatkan keberkatan dalam rezeki yang diperoleh. Antara reaksi warga maya di ruangan komen. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai meluahkan rasa bimbang dengan generasi masa kini yang sering meremehkan hukum hakam dalam Islam. "Zaman sekarang, takutnya... hukum simple macam tu pun tak tahu. Minta dijauhkan daripada anak-anak. "Beratnya ujian hidup di zaman sekarang apabila agama diwarisi daripada keturunan bukan pembelajaran dan pemahaman. "Hukum Islam tak boleh diremehkan dan dibuat main-main... biar nampak hina di dunia, cukup Allah tahu niat kita," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube