PEKERJAAN sebagai rider penghantar makanan mahupun barangan tidaklah semudah yang disangka segelintir pihak. Mereka bukan sekadar mengambil dan menghantar pesanan semata-mata, sebaliknya penyedia perkhidmatan p-hailing ini juga berdepan perubahan cuaca serta risiko keselamatan di jalan raya. Di Facebook, seorang rider turut berkongsi tentang keadaan diri sendiri yang mengalami beberapa simptom penyakit sejak kebelakangan ini. Perubahan cuaca ketika bekerja boleh memberi kesan kepada kesihatan rider. -Gambar hiasan Perkongsian itu dibuat di Facebook bagi bertanya kepada mana-mana rider sekiranya mereka turut berdepan situasi serupa dengannya. "Nak tanya, kenapa masa buat servis tengah panas, badan berpeluh tapi sejuk ya? Masa tu badan jadi letih, dalam 20 minit okey balik. "Saya tak mengalami sesak nafas dan sakit dada. Mungkin simptom-simptom lain yang pernah jadi kat rider dalam grup ni. Kawan aku baru kena semalam... mula-mula suspek denggi, rupanya lemah jantung. NETIZEN "Biasalah cuaca sekarang hujan panas mesti ada penyakit. Nak tahu kot-kot ada yang pernah kena (macam saya) jadi bolehlah kita hindari," tulisnya. Menurut pemuda itu lagi, situasi tersebut sering berlaku apabila dia tidak menjaga pemakanan, tak cukup tidur atau berdepan tekanan. Namun katanya, dia bukanlah seorang individu yang menghisap rokok tembakau atau rokok elektronik jenis vape. ARTIKEL BERKAITAN: Motor habis minyak, pemuda tak puas hati rider cuma isi RM1 selepas dihulur duit... Rupanya simpan baki untuk beli lampin anak ARTIKEL BERKAITAN: Rider hamil 7 bulan dibuang kerja, kantoi suami tolong hantar pesanan! Hasrat kumpul duit belanja bayi terbantut Menjengah ke ruangan komen, netizen membuat andaian situasi itu ada kaitan dengan beberapa penyakit dan memintanya supaya pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. "Pergi buat pemeriksaan. Kawan aku baru kena semalam. Mula-mula suspek denggi, rupanya lemah jantung. "Aku dulu macam ni juga. Kurang bermaya. Sejuk macam nak demam. Jumpa doktor apabila sesak nafas. Rupanya kena jangkitan, sebulan terlantar kat hospital. "Simptom tekanan darah rendah. Lebih baik jumpa doktor. Takut pengsan masa bawa motor. Rider diminta menjaga kesihatan diri dan tidak terlalu memaksa tubuh seandainya penat bekerja. -Gambar hiasan "Takut jantung, kena pergi buat pemeriksaan," saran beberapa individu. Malah, ramai dalam kalangan rider turut menyuarakan rasa risau dan meminta pemuda itu agar tidak terlalu memaksa badan untuk bekerja. "Bawa berehat bang. Jangan push, saya dah dua hari cuti. Bangun pagi badan rasa letih sangat. "Subhanallah. Moga dipermudahkan. Ingat ya, jangan terlalu memaksa dalam mencari rezeki," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube